Akhirnya ini jawapan Siti Nurhaliza lepas Aliff Syukri beritahu yang dia penyanyi no satu sekarang

Petaling Jaya – Usahawan sensasi Datuk Aliff Syukri sebelum ini pernah menggelarkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara berikutan kesemua lagu yang pernah dilancarkan t.rending di tangga pertama You.Tube.

Terbaharu, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, dilihat meninggalkan komen di Instagram milik penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendapat perhatian ramai.

Menerusi komennya itu, Aliff memuji idolanya dan sempat bertanya sama ada penyanyi lagu Cindai itu mengenali dirinya atau pun tidak.

Saya Dekat Belakang Awak Ya

Cantiknya awak idola saya. Awak kenal tak saya artis nombor satu ini?, tulisnya.

Komen ditinggalkan Aliff itu turut mendapat perhatian Siti, 44, yang bersahaja menjawab dia sememangnya mengenali Aliff yang merupakan penyanyi nombor satu negara.

Tidak hanya itu, Siti mengakui dia berada di belakang usahawan k.osmetik tersebut.

“Mestilah saya kenal awak penyanyi nombor satu, saya dekat belakang awak ya,” balasnya.

Rata-rata peminat turut meninggalkan komen kerana terhibur dengan jawapan yang diterima oleh usahawan berkenaan dan menganggap Siti terpaksa memberi jawapan tersebut.

Antara Reaksi Ramai

Tokti terpaksa puji Datuk tu. Tak mahu Datuk kecil hati. Datuk jangan perasan ya.

Jangan main-main nombor syatuuuu ya.

Meng.alah bukan berarti beliau kalah ,cuma tak nak mengeruhkan keadaan.

Untuk rekod, Aliff pernah p.opular menerusi beberapa buah lagu yang menjadi tular termasuk Bobo Di Mana, Abang Nak Tegur dan Kelepok Raya.

Sumber: Mstar | IG

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*