‘Jangan Ugut Anak Saya Dengan Video Itu’ -Ibu Syamsul Yusof Beri Amaran Keras Kepada Ira Kazar

SUSULAN timbulnya spekulasi Syamsul Yusof bakal berkahwin dengan wanita bernama Ira Kazar dalam waktu terdekat, ibu kepada pengarah tersebut iaitu Datin Fatimah Ismail memohon agar semua pihak tidak terus memperkatakan perkara itu kerana ia masih lagi samar.

Menurut Fatimah berita yang tersebar itu masih belum sahih dan anaknya mengambil langkah berdiam bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

“Spekulasi belum sahih, jangan diwar-warkan.

yusof 1

Fatimah (tengah) bersama Yusof (kiri), Sarah dan dua cucunya. Gambar ini dirakam ketika produser itu dan isterinya menghantar Sarah di KLIA untuk mengerjakan umrah, Ramadan lalu.

“Syamsul diam kerana tidak mahu memburukkan keadaan,” katanya kepada mStar.

Dalam pada itu, Fatimah juga memberi peringatan kepada keluarga Ira agar menghentikan sebarang tindakan berbentuk ugutan melalui video untuk memastikan rumah tangga Syamsul dan menantunya, Puteri Sarah Liyana tidak terus terganggu.

Ini kerana kata Fatimah, pasangan suami isteri itu masih sayang menyayangi.

“Saya nak beritahu keluarga Kazar, jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu. Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anaknya,” jelasnya.

Spekulasi perkahwinan Syamsul dan Ira mula timbul apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

“Saya nak beritahu keluarga Kazar, jangan ugut anak saya kahwin dengan video-video palsu. Syamsul masih sayangkan isteri dan anak-anaknya,” jelasnya.

Spekulasi perkahwinan Syamsul dan Ira mula timbul apabila sebuah blog hiburan mendakwa seorang pengarah terkenal bakal berkahwin dengan kekasihnya yang juga anak kepada seorang pelakon drama veteran.

Biarpun tidak menulis nama, namun ramai yang mengesyaki gosip itu merujuk kepada Syamsul dan Ira Kazar.

Laporan itu yang memetik sumber melaporkan, pengarah tersebut dikatakan sudah berjumpa bakal bapa mentuanya iaitu pelakon Kazar Saisi bagi membincangkan hasrat berkenaan.

ira kazar

Ira Kazar dikatakan sudah lama berkawan dengan Syamsul.

Sementara itu dalam satu kenyataan kepada mStar pada Rabu, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam berharap agar khabar angin yang bertiup itu tidak menjadi kenyataan.

Untuk rekod, Sarah dan Syamsul berkahwin pada Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Summayah yang kini berusia dua tahun.

Buat pasangan suami isteri ini, kita doakan semoga perjalanan rumah tangga mereka dipermudahkan dan keluarga Datuk Yusof Haslam beroleh kehidupan bahagia seperti dahulu.

SUMBER

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

1 Comment

  1. Nasihat says mak bapak Syamsul stop campur tangan hal rumah tangga Syamsul. Don’t gv yr comments. Let him solve his own issues. Hey Syamsul u hv no balls? Make a firm decision. U want to sleep alone? Sleep with yr parents? Or sleep with the one u love and cherish and wake up next morning, happy. Don’t use yr kids to threaten anybody. Yr kids will be yours no matter what. Puteri Sarah will be better off in somebody else’s warm arms when u let her go. Gud riddence to bad rubbish. U r the bad rubbish Syamsul! Sarah move on u r a jewel. Parents, help Sarah to move on. Support her and the kids financially and emotionally.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*