Rak4man Se0rang Lel4ki Bagai Diir4suk Sedang Menvmbuk berkali kali di muka se0rang wargaem4s tanpa bel4sKasiihan

TINDAKAN lelaki membelasah seorang warga emas di tengah jalan di Padang Jawa, Shah Alam, dipercayai akibat kemalang4n dikecam orang ramai. Rakaman insiden itu dimuat naik oleh Mohd Faizal Wahid di Facebooknya, sebentar tadi.

Menerusi video berdurasi 21 saat itu, memaparkan lelaki terbabit yang memakai topi keledar sedang menumbuk berkali-kali di muka seorang warga emas dipercayai pemandu kenderaan Honda berwarna hitam di tengah jalan.Mohd Faizal turut meluahkan rasa marah dan kesal dengan sikap biadap lelaki terbabit.

Katanya, apa-apa pun yang berlaku membabitkan kemalangan, tidak kira siapa betul atau salah, perlulah mengambil inisiatif yang baik dengan bersama-sama mencari jalan penyelesaian dan bukan bertindak sedemikian terutamanya kepada orang tua.

“Kejadian itu berlaku di sekitar Padang Jawa. Kau orang luar kalau kemalangan macam mana pun jangan la kau belasah orang tua ni dah tentu orang Padang Jawa.

“Bangang tu simpan sikit la kan tak pasal pasal kau kena angkut ke balai.. kalau bapak aku kau buat macam ni memang kau manusia tak guna
Kat Malaysia ni kalau sesiapa pun pukul orang confirm cerita balai punya,” katanya.

Namun, motif kejadian itu tidak diberitahu secara lanjut.Rata-rata pengguna Facebook bengang dan marah dengan tindakan lelaki itu yang disifatkan kurang ajar serta meminta pihak polis mengambil tindakan.

Afa Roslan berkata: “Berderau darah aku tengok ni! Tak kisah lah walaupun kalau pakcik tu salah pun! Jangan biadap sangat! Sumpah panas tengok.”

Jef pula berkata:”Yang record ni tolong buat report. Dapatkan nombor plat motor bro yang pukul org tua…please.” – Malaysiapost

VIDEO

Sumber: r-s7.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

1 Comment

  1. Seret saja pemuda binggai tu tersebut ke balai polis. Polis boleh selesai kan atau sumbat dulu 1 minggu lokap untuk soal siasat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*