“Ketat Sangat Tu” – Netizen Berang Ibu Guna Sellotape & Plastik Ganti ‘Pampers’ Yang Habis

Patutlah Selalu Bocor, Rupanya Ibu Ayah Tak Pakaikan Lampin Bayi Betul-Betul, Ini Caranya.

Menjadi ibu bapa baru memang menakutkan! Setiap aspek dalam penjagaan si manja perlulah diteliti dan dilakukan dengan betul, terutamanya dengan cara pakaikan lampin bayi supaya anda boleh mengelak dari masalah seperti kebocoran.

Jadi, amat penting untuk ibu bapa memastikan anda mempunyai persediaan lengkap yang diperlukan untuk menukar lampin si manja serta mengetahui tips-tips yang berguna untuk memudahkan proses penukaran lampin tanpa menghadapi “letupan” yang tiba-tiba.

Cara Pakaikan Lampin Bagi Bayi Baru Lahir.

Dengan kehadiran cahaya mata baru, anda pasti akan berdepan dengan situasi menukar lampin dengan kerap.

Tetapi, tentulah anda lebih tahu proses penghadaman si manja anda. Ada sesetengah bayi yang hanya akan membuang air seminggu sekali, manakala ada juga bayi yang akan membuang air sejurus selepas penyusuan.

Walau apa pun, menukar lampin si manja memanglah bukan suatu tugas yang terlalu menyeronokkan, tetapi ia adalah kemahiran yang perlu anda ada supaya si manja tidak berada dalam ketidakselesaan bagi durasi yang terlalu lama.

Tetapi sebaliknya berlaku…

Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan seorang ibu yang menggantikan lampin anaknya yang kehabisan dengan menggunakan plastik dan sellotape telah mengundang kecaman netizen.

Menerusi video tersebut, ibu berkenaan difahamkan terpaksa bebuat demikian atas sebab lampin anaknya telah habis pada pukul 2 pagi dan pastinya tidak dapat dibeli di kedai kerana sudah tutup pada jam sebegitu.

Malah, turut dilihat anaknya dikelilingi ahli keluarga yang turut membantu ibu itu memakaikan plastik dan sellotape pada anaknya yang menangis.

Pampers darurat, kehabisan pampers lepas jam 2 pagi. Akhirnya buat pampers darurat.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen berasa kasihan kepada kanak-kanak itu yang menangis dan kelihatan tidak selesa dengan lampin tersebut.

“Dulu tiada pampers… kami guna kain sarung saja … lebih selesa buat si baby. kasian mesti tidak selesa ni,” tulis seorang pengguna TikTok.

Malah, ada juga yang mengecam tindakan ibu tersebut yang disifatkan sebagai pemalas dan seperti menyakiti anaknya sendiri.

“Ketat sangat dia letak sellotape dekat baby tu.. astaqfirullah,” tulis seorang netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*