Seorang lelaki bekerja di Singapura didakwa tidak membeli kereta untuk isterinya yang sedang mengandung, ini jawapan tenang yang buat ramai sedar.

Bukan mudah untuk mencari pasangan yang serasi dan sanggup mengharungi masa susah bersama.

Lebih-lebih lagi, pangkat dan harta lebih dihargai daripada hati mereka hari ini.

Bagaimanapun, kisah tular baru-baru ini menunjukkan wanita hamil itu tidak kisah menunggang motosikal dalam hujan terik, malah kegigihannya dirakam suaminya, Rafiq Latif Raffali sebelum dikongsi di media sosial.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga empat tahun lalu setelah lebih tujuh tahun tempoh perkenalan semasa mereka sama-sama menyambung pengajian di KTAC (Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics) Maluri, Cheras, Kuala Lumpur.

 

Selepas rakaman video menunjukkan isterinya yang bertopi keledar menunggu di tepi jalan menunggu hujan berhenti, lelaki Kulai Johor menerima komen negatif kerana dilabel sebagai dayus kerana tidak membeli kereta untuk keselesaan isterinya.

Jejaka berusia 28 tahun itu kemudian membalas komen tersebut yang mendakwa dirinya sanggup melihat isterinya menaiki motosikal dalam keadaan berbadan dua walaupun cuaca hujan.

“Saya membaca dan membalas komen sejam sebelum masuk syif. Saya agak terkejut apabila komen sebegitu menggelarkan saya dayus.

Pasangan itu telah berkahwin selama lebih empat tahun.

“Sebenarnya saya bukan tak ada kereta. Saya dan isteri kerja di Singapura sekarang. Dekat sini kos nak guna motosikal yang dibawa dari Malaysia lebih murah.

“Satu hari caj cukai motosikal baru S$4 (RM16.75) saja. Kalau saya bawa kereta, satu hari kena caj lebih kurang RM100. Sebulan saya kena bayar kira-kira RM3,000 untuk kereta saja,” jelasnya yang senang disapa Afiq.

Bercerita lanjut, jejaka yang bekerja di restoran makanan segera McDonald’s ini turut menerangkan analogi secara umum bagi menidakkan tuduhan yang dilemparkan di ruangan komen kepadanya.

Tambah lagi orang dulu-dulu, takkan sudah ada kereta, baru mereka kahwin. Jadi, orang zaman dulu banyak yang dayuslah sebab tak ada kereta.
AFIQ
Dia yang sudah dua tahun bekerja dengan isterinya di Singapura mengakui tidak begitu cekap dalam menjelaskan isu dayus dari segi agama, tetapi banyak terpengaruh dengan kata-kata pengguna tidak dikenali yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

“Saya tak begitu arif kalau nak sentuh bab dayus ni dari segi agama. Tapi tak semestinya dalam perkahwinan tu, apabila suami tu tak dapat nak beli kereta, dia dikira sebagai dayus.

“Saya tak cakap benda ni untuk diri saya saja. Saya mewakili juga para suami di luar sana. Takkan la, tak ada kereta, dah dianggap dayus.

“Tambah lagi orang dulu-dulu, takkan sudah ada kereta, baru mereka kahwin. Jadi, orang zaman dulu banyak yang dayuslah sebab tak ada kereta,” ujarnya.

Menjelaskan lebih lanjut tentang video tersebut, jejaka ini menceritkan situasi sebenar ketika video tersebut dirakam.

Tambah Afiq, ketika itu dia sebenarnya baru mengambil isterinya, Nurefira Nasha, 28, yang baru pulang kerja.

Afiq membawa motosikal miliknya masuk ke Singapura untuk menjimatkan kos cukai kenderaan berbanding kereta.

“Masa hari saya rakam video tu, saya baru lepas ambil isteri pulang dari tempat kerja menaiki motosikal. Masa dalam perjalanan awal tu tak hujan pun.

“Dekat Singapura ni ada terowong sepanjang 10 kilometer. Masa masuk terowong OK je tak hujan, lepas keluar tu terus kami basah kena hujan.

“Jadi saya ambil keputusan berhenti dulu dekat tepi jalan. Ada tempat berteduh lepas terowong tu. Nak ikutkan tepi tu tak boleh berhenti pun tapi kesian pula dekat isteri tengah mengandung ni kena hujan. Saya tunggu hujan berhenti dulu baru kami gerak semula,” jelas Afiq.

Susulan video jawapan balas terhadap komen tersebut, warganet turut memuji sikap jejaka ini yang tenang dan tidak berang walaupun dituduh dayus.

“Mantap bro susah nak cari orang macam abang ni walaupun komen tu agak kasar, tapi dia balas dengan sopan saja. Apa-apa pun semoga dilimpahkan rezeki, Amin.

“Good job bro, ayat orang matang. Bidas cara lembut. Alhamdulillah, saya doakan abang dan isteri murah rezeki dan dipermudahkan urusan, Amin.

“Jangan terlalu pantas mengata orang dayus hanya kerana material things?? Kehidupan time Covid-19 ni dah susah sangat. Janganlah cakap sedap mulut,” antara komen netizen terhadap video tersebut.

Afiq bakal menimang cahaya mata pertamanya tidak lama lagi.

Bagi Afiq, dia memilih untuk menerangkan sahaja situasi sebenar melalui rakaman tersebut kerana tidak semua orang faham tentang susah senang hidup berumah tangga, justeru dia hanya mahu berkongsi pengalamannya yang berdepan menghadapi situasi ini.

Rakaman di TikTok tersebut telah mendapat lebih 500,000 jumlah tontonan dan lebih 2,000 komen rata-ratanya mendoakan Afiq dan isteri yang sarat mengandung lapan bulan itu.

Jangan jadi lelaki dayus – Haris Ismail

PETALING JAYA – Pendakwah bebas Haris Ismail mengingatkan kaum lelaki, khususnya yang bergelar suami untuk menjaga diri dan keluarga agar tidak terpesong daripada landasan Islam.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu berkata, nukilan yang ditulis itu sekadar peringatan diri sendiri dan tiada paksaan kepada mana-mana pihak.

“Nukilan Haris Ismail. Ada masa nak baca silakan, jika tidak berminat, tak mengapa kerana peringatan untuk diri saya yang hina. Saja nak tulis sini semoga tidak terjadi pada diri yang hina ini. Amin.

“Jangan dibiasakan pasangan kita berada mesra dengan wanita atau lelaki lain kerana itu adalah dilarang dalam Islam,” tulis Haris.

Namun, ujar pendakwah berusia 27 tahun itu lagi, situasi hari ini semakin parah apabila terdapat adegan ‘ciuman’ dibuat atas alasan lakonan.

“Hari ini apa yang berlaku sebenarnya memang parah dalam masyarakat kita yang dikatakan lakonan sampai cium pun tidak mengapa, boleh diterima.

“Tapi apa kata agama?” soalnya.

Dalam titipan sama, Haris turut mengingatkan lelaki bergelar suami menerusi satu hadis yang berbunyi: “Tidak masuk syurga orang lelaki yang dayus”.

Ujar Haris, selain ‘beras kita beli’ (tanggungjawab lelaki), yang penting adalah menjaga ahli keluarga kerana perbuatan tersebut merupakan satu tanggungjawab yang harus dipikul oleh kaum lelaki, terutama suami.

“Tersangat penting kita menjaga ahli keluarga, isteri dan anak-anak dengan sentiasa menjaga aurat, pergaulan mereka kerana ada tuntutan agama di situ.

“Jangan jadi lelaki dayus buat tidak tahu bila isteri pakai baju nampak dada, anak-anak pakai ketat. Kerana di akhirat nanti, jika bapa tidak menegur, akan dipersoal kelak,” katanya.

Sehubungan itu, Haris turut berkongsi sepotong ayat al-Quran yang berbunyi: “Wahai orang yang beriman, jagalah diri kamu dan keluarga kamu (ahli) rumah daripada api neraka” sebagai tanda peringatan untuk semua.

Pada akhir nukilan, Haris menyeru masyarakat supaya mengubah pemikiran dengan tidak melakukan perkara yang ditegah dalam Islam walaupun sekadar lakonan.

“Ubah fikiran kita, jangan hanya kerana kita anggap itu (perbuatan mungkar) sebagai lakonan, jadi tidak mengapa.

“Jika hari ini depan mata kita orang buat kemungkaran dan kita berkata tidak mengapa kerana sekadar lakonan sahaja, adakah itu boleh diterima sebagai alasan? Mestilah tidak! Jangan biasakan mengiyakan orang berbuat dosa, takut kita terangkut sekali,” kata Haris.

sumber: mstar via trendingsangat

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*