Ibu tunggal tinggalkan anak jual sayur ditahan polis, bila check rupanya dia..

SUNGAI PETANI – Seorang ibu tunggal berusia 39 tahun ditahan polis selepas positif d4dah jenis methamphet4mine ketika pemeriksaan dijalankan di hadapan sebuah bank di Central Square, Jalan Kampung Baru di sini pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, pihak polis pada awalnya menerima maklumat daripada orang awam yang curiga dengan tindakan wanita terbabit yang sering meninggalkan dua anaknya bersendirian di hadapan bank.

Katanya, sepasukan anggota polis kemudiannya tiba di lokasi pada jam 6.30 petang dan mendapati wanita terbabit bersama anak perempuan berusia enam tahun dan anak lelaki berusia setahun berada di hadapan bank berkenaan.

“Susulan itu kita membawa wanita itu bersama dua anaknya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda untuk siasatan dan tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati wanita itu berasal dari Sik dan mendakwa dia meninggalkan anaknya hanya sebentar sahaja kerana mempunyai urusan di sebuah bank.

“Semakan yang dijalankan juga mendapati wanita terbabit mempunyai rekod lampau bersabit kes dad4h dan ujian saringan awal air kencing juga menunjukkan dia positif methamphetamine.

“Dia juga tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya menjual sayur untuk mencari pendapatan,” ujarnya.

Antara hantaran di facebook yang tular berkaitan wanita terbabit yang sering meninggalkan anak-anaknya menjual sayur di hadapan sebuah bank di sini.

Kata Anuar, suspek akan disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dad4h Berbah4ya 1958 manakala dua anaknya diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Sejak Selasa, gambar seorang kanak-kanak perempuan menjual sayur setelah ditinggalkan berseorangan oleh ibunya di hadapan bank tular di laman sosial.

Kejadian itu dikatakan kerap kali berlaku hingga menimbulkan curiga kepada orang ramai.

sumber: sianr harian

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*