
Mungkin terlalu banyak menonton filem zombie, seorang gadis tertanya-tanya adakah seseorang Muslim itu dikira sebagai mati syahid selepas bertukar menjadi mayat hidup. Luar kotak betul pemikiran dia!
Persoalan tersebut telah diajukan kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menerusi satu ciapan di Twitter.
‘Jauh saudari fikir’
Ujar gadis ini perkara tersebut sudah lama ‘membelenggu’ dirinya dan turut memberikan situasi jika negara Malaysia diserang oleh zombie.
Bercerita lebih lanjut, dia menjelaskan soalan yang diajukan adalah serius dan bukan sekadar jenaka.
Membalas ciapan tersebut, Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri akui risau dengan soalan yang diajukan dan gadis ini dikatakan berfikiran terlalu jauh.
Jawapan pendek yang dikongsi oleh beliau pada petang semalam, telah meraih hampir 9k tanda retweet dan 16.3k tanda suka.
Respon netizen
Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen dilihat sempat memberikan jawapan mereka tersendiri dan menjelaskan soalan tersebut sama sekali tidak pernah terlintas dek akal.
Biodata Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri
Nama: Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri
Tarikh Lahir: 16 januari 1969
Tempat Lahir: Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu
Adik Beradik : Anak yang ke-3 daripada 10 orang adik-beradik
Dibesarkan dalam keluarga yang kuat didikan Agama Islam yang taat pada perintah Allah dan Rasul-Nya. Sifat dan sikap yang lahir dari beliau merupakan hasil dari pengamalan ilmu yang beliau belajar.
Pendidikan
Pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu
Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984)
Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988)
Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993)
Ijazah Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin
Doktor Falsafah (Ph.D) Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), dalam bidang pengkhususan pengeluaran Fatwa, Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa: Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan
Sumber: Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Leave a Reply