Alunan bacaan al-Quran di rumah wanita kepala oleh anak yang positif dadah

KUALA SELANGOR: Seorang wanita berusia 56 tahun maut dipercayai dipenggal kepala oleh anaknya dalam kejadian di Kampung Baru Pasir Penambang, di sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa, berkata polis menerima maklumat jam 5.45 petang berhubung kejadian seorang wanita dicederakan oleh anaknya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 28 tahun dipercayai membunuh mangsa ketika berada di ruang tamu berikutan terdapat kesan darah di sekitarnya.

Katanya, suspek yang juga penganggur tinggal bersama mangsa dan suaminya, manakala anak mangsa yang lain pula menyewa di kawasan berhampiran.

“Kejadian disedari seorang daripada anak mangsa yang gagal menghubunginya, sebelum pergi ke rumah. Sebaik tiba, anak mangsa melihat keadaan rumah berlumuran darah dan suspek yang terkejut terus melarikan diri ke belukar di belakang rumah.

“Polis dengan bantuan penduduk berjaya menahan suspek yang bersembunyi dalam belukar itu dan siasatan lanjut sudah dijalankan oleh pasukan forensik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli berkata, polis turut merampas parang disyaki digunakan suspek untuk memenggal kepala ibunya yang ditemui dalam tandas rumah berkenaan.

“Hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamine.

“Permohonan reman dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Selangor dan suspek direman selama tujuh hari sehingga 22 Januari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

 

Alunan bacaan al-Quran di rumah wanita dipenggal kepala

KUALA SELANGOR: Alunan bacaan ayat suci al-Quran memecah keheningan sunyi rumah seorang wanita yang kepalanya dipenggal oleh anak kandung sendiri di Kampung Baru Pasir Penambang, hari ini.

Tinjauan hari ini mendapati ahli keluarga mangsa berada di lokasi kejadian untuk kerja pembersihan. Kelihatan juga barangan seperti tilam, bantal, permaidani, kerusi dan beberapa barangan lain diletakkan di bahagian luar rumah.

Ketika dihampiri pihak media yang tiba pada jam 10 pagi tadi, ahli keluarga wanita itu enggan untuk ditemuramah.

Seorang menantu mangsa yang enggan dikenali memaklumkan, jenazah ibu mentuanya sudah dibawa ke Hospital Sungai Buloh (HSB).

“Maaf buat masa ini kami tidak mahu ditemubual pihak media kerana masih terkejut dengan kejadian ini.

“Keluarga mohon media memberi ruang kepada kami untuk bertenang kerana masih dalam keadaan bersedih,” katanya, dekat sini.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki bertindak kejam apabila sanggup memenggal kepala ibu kandungnya, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa dilaporkan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 5.45 petang.

Katanya, siasatan mendapati mangsa berusia 56 tahun dibunuh anaknya berusia 28 tahun sebelum ditemukan di ruang tamu dan terdapat kesan darah dalam rumah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).

Sumber Berita Harian

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*