
Amalan syirik memang tidak asing lagi dalam masyarakat kita lebih-lebih lagi sering dikaitkan dengan sesetengah orang Melayu.
Syirik sering digunakan oleh mereka yang dengki ataupun berdendam dengan seseorang yang mereka tidak suka.
Orang sebegini sanggup melakukan apa sahaja demi dendamnya sehingga mangsa yang terkena buatan syirik merana menanggung kesakitan.
Seperti yang berlaku kepada seorang pemuda yang menggunakan nama samaran Are Fiq, dia telah berkongsi di Facebook miliknya tentang dirinya dan keluarga terkena buatan khianat namun tidak pasti siapakah dalang di sebalik perkara tersebut.
Dia berpesan di dalam postingnya itu agar orang ramai tidak terburu-buru mengutip sebarang duit syiling yang terjatuh entah dari mana datangnya kerana dikhuatiri duit itu adalah perantaraan perbuatan sihir.
Duit ini juga boleh kita jumpa di halaman rumah, di depan pintu rumah dan di sebelah kereta.
Dia turut berkongsi gambar-gambar duit kertas dan duit syiling yang terselit di pemampat penyaman udara luar rumahnya, di tempat ikan dan di dalam peti surat.
Katanya lagi, setiap kali selepas dia membuang duit-duit syiling itu, pasti akan ada duit syiling yang lain akan datang semula ke rumahnya.
Yang lebih memeranjatkan pemuda itu, duit-duit tersebut disaluti dengan tanah perkuburan!
Dalam pada itu, dia mengingatkan lagi agar sentiasa berhati-hati dan tidak sesuka hati memegang duit-duit yang dijumpai bertaburan berdekatan dengan kita. Jika tidak yakin, bacalah doa pendinding untuk melindungi diri.
Zaman sekarang ramai yang sanggup melakukan apa sahaja. Bermacam-macam cara akan dibuatnya.
Sebelum mengakhiri postingnya, dia juga sempat berkongsi doa-doa dan cara-cara untuk memutuskan sihir.
Posting yang dibuat oleh pemuda ini telah dikongsi sebanyak 19 ribu kali!
“Bismillah, aku pon tak paham apa orang nak buat khianat kat aku/family , yang aku tau kalau kumpul duit keliling rumah aku ni memang banyak , tiap kali buang mesti ada balik , yang mana cuba nak buat khianat tu insafla nak , aku ni bukanya meniaga juta2 , orang senang nak buat mcm mcm ,
Gambar 1 : dekat compressor aircond luar rumah
Gambar 2 : depan rumah dekat tempat ikan
Gambar 3 : dalam peti surat
“Amaran! Jangan sesekali kutip duit syiling yang anda jumpa
Leave a Reply