Lelaki Sanggup Mengahwini Semula Bekas Isterinya Selepas Mengetahui Wanita Itu Kini Sakit Tenat Dan Memerlukan Penjagaan Rapi

Beijing: Seorang lelaki sanggup mengahwini semula bekas isterinya selepas mengetahui wanita itu kini sakit tenat dan memerlukan penjagaan rapi.

Media tempatan, Dingduan melaporkan lelaki itu sanggup menjual rumahnya untuk membiayai kos perubatan isterinya.

Lelaki berusia 39 tahun itu, tular di media sosial di China sebaik sahaja dia membuat keputusan untuk berkahwin semula dengan bekas isteri selepas dua tahun bercerai.

Menurut laporan, isteri Chen Zhenfeng iaitu Xie Hongxia menderita sakit uremia iaitu buah pinggang sudah berhenti berfungsi.

Akibat buah pinggang yang berhenti berfungsi itu, ia tidak dapat menapis segala toksin yang keluar melalui air kencing.

Chen yang juga bekas tentera yang sudah menamatkan perkhidmatannya kira-kira 20 tahun lalu dan kini bekerja sebagai seorang pegawai perkhidmatan awam.

Selepas mendapat nasihat doktor yang mengatakan pemindahan buah pinggang adalah jalan terbaik untuk isterinya, Chen sanggup untuk menderma buah pinggang dia untuk diberikan kepada isterinya itu sekiranya buah pinggang mereka serasi.

Dingduan melalui Mothership turut melaporkan Chen dan Xie bertemu melalui ahli keluarga mereka dan berkahwin pada 2012.

Namun, pernikahan mereka dibadai ujian ketika Xie mengalami dua kali keguguran dan rumah tangga mereka pun diuji kerana tekanan sehingga memutuskan untuk bercerai pada 2019.

Selepas perceraian mereka, Xie disahkan menghidap penyakit buah pinggang ketika dia melakukan pemeriksaan penglihatannya.

Chen kini dikatakan memperoleh gaji kira-kira 3,000 yuan (RM1,990.62) sebulan daripada kerja tetapnya dan bekerja sebagai pemandu pada waktu malam bagi memperoleh pendapatan tambahan, lapor Zhengguan News.

Bagaimanapun, pendapatannya dikatakan masih tidak mencukupi untuk menampung kos rawatan dialisis isterinya yang menelan belanja hampir 6,000 yuan (RM3,981.24) sebulan.

Disebabkan itu dia ingin menjual rumahnya bagi menampung kos perubatan.

Beberapa veteran tentera dan orang ramai dilaporkan menderma kira-kira 20,000 yuan (RM13,276.52) kepada keluarga Chen untuk membantu dia membiayai kos rawatan isterinya itu.

Chen sanggup berkahwin dengan bekas isterinya semula tanpa teragak-agak dan mendakwa dia mahu menunaikan tanggungjawab dia sebagai seorang lelaki.

Sumber Harian Metro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*