COVID-19: Kes pertama varian Omicron dikesan di Malaysia

KUALA LUMPUR: Kes pertama positif varian yang dibimbangi (VOC) Omicron telah dikesan di Malaysia.Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dalam sidang media hari ini memaklumkan kes melibatkan seorang pengembara bukan warganegara berusia 19 tahun yang tiba dari Afrika Selatan melalui Singapura pada 19 November 2021 dan telah menjalani ujian RT-PCR COVID-19 setibanya di PMA KLIA.

Kes telah diberi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di bawah Seksyen 15, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Akta 342) dan menjalani kuarantin wajib di penginapan yang disediakan oleh pihak universiti di Ipoh.

Perjalanan kes dari KLIA ke Ipoh adalah menggunakan bas yang disediakan khas oleh pihak universiti.Kes menjalani kuarantin seorang diri di penginapan tersebut dan berdasarkan siasatan yang dijalankan, beliau patuh kepada perintah yang dikeluarkan.

IMR jalankan ujian ke atas 74 sampel positif COVID-19 yang dikesan di KLIA dari tempoh 11 November 2021 hingga 28 November 2021 dan mengesan satu kes berkemungkinan Omicron -Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.

PENULARAN VARIAN OMICRON – FASA PERALIHAN KE ENDEMIK DITANGGUHKAN SEKETIKA, KAWALAN SEMPADAN ANTARABANGSA DIPERKETATKAN

Susulan penularan varian Omicron yang diketahui boleh merebak dengan mudah dan pantas, Mesyuarat Menteri Kuartet COVID-19 bersetuju untuk melaksanakan beberapa pendekatan segera:

Mengenakan kawalan sempadan antarabangsa yang lebih ketat ke atas negara-negara yang telah melaporkan penyebaran Omicron. KKM akan umum secara terperinci tidak lama lagi.

Mesyuarat Kuartet COVID-19 hari ini memutuskan untuk menangguhkan seketika (pause) usaha kita untuk beralih ke Fasa “Peralihan ke Endemik’ sehingga kita mengetahui lebih lanjut tentang Omircon.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, SOP semasa dalam negara untuk negeri-negeri dalam Fasa 3 dan 4 masih kekal. Rakyat diharapkan agar terus berwaspada dan berdisiplin dalam menjaga keselamatan diri dan orang sekeliling.

Menteri Kanan Pertahanan
YB Dato’Seri Hishammuddin Hussein

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*