Rupa-rupanya ada lagi kenderaan tertimbus selain lori

 

Ipoh: Bukan dua, sebaliknya tiga kenderaan dikenal pasti tertimbus runtuhan tanah setakat ini dalam insiden tanah runtuh di Seksyen 27 FT 185 Jalan Simpang Pulai-Blue Valley (Cameron Highlands) di sini, yang dilaporkan berlaku tengah hari tadi.

Terdahulu, pada 6.39 petang tadi, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak dilaporkan berkata, insiden itu membabitkan dua kenderaan iaitu sebuah lori dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Pasukan mencari dan menyelamat menemukan lori yang tertimbus pada 5.30 petang dan didapati ada seorang lelaki di dalam lori berkenaan yang masih belum dapat dipastikan keadaannya oleh polis.

 

Pada 7.52 malam ini, Toyota Vellfire pula ditemukan tertimbus pada jarak antara 10 hingga 20 meter dari lori terbabit, bagaimanapun masih tidak dapat dipastikan bilangan mangsa yang berada dalam MPV berkenaan.

Setakat 8.14 malam ini, jurucakap JBPM Perak melaporkan ada sebuah lagi kenderaan dikesan tertimbus di kawasan itu, menjadikan tiga kenderaan yang disahkan terperangkap dalam insiden itu membabitkan sebuah lagi kereta, namun butiran lanjut belum diketahui.

Operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan setakat ini membabitkan 110 keanggotaan, antaranya 31 anggota bomba, 13 anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat Malaysia (Storm), 33 anggota polis dan selebihnya anggota lain-lain agensi.

Kenderaan tertimbus tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands

Ipoh: Sebuah kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Seksyen 27 Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini hari ini.

Kejadian turut menyebabkan kedua-dua arah jalan tidak dapat dilalui buat masa ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.44 tengah hari.

Katanya, sebuah kenderaan dilaporkan tertimbus dan jumlah mangsa masih belum diketahui setakat ini.

Sumber Harian Metro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*