Kena Tinggal Dengan Awek, Pemuda Nekad Kuruskan Badan Sampai 50kg

Dalam setiap hubungan percintaan, soal rupa paras dan fizikal seseorang itu tidak sepatutnya dijadikan isu sekiranya kita menerima pasangan seadanya

Namun begitu, sebenarnya masih ramai orang di luar sana yang memilih rupa paras pasangan yang cantik atau tampan kerana takut diejek oleh kawan-kawan sekeliling.

Sama seperti apa yang berlaku kepada seorang pemuda ini apabila dia ditinggalkan oleh kekasih kerana bentuk badannya yang besar telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:
@tuanrafiq21 Penat itu perkara biase kn##fyp ##weightloss ##glowupbunyi asal – apik nak kurus

Malu kawan ejek badan pakwe macam gajah, ambil keputusan untuk putuskan hubunganMenerusi video yang dimuat naik oleh @tuanrafiq21, kelihatan dia menceritakan kisah cintanya yang telah mengubah dirinya daripada seorang berbadan gempal menjadi lelaki kurus dan bergaya.Menurut pemuda tersebut, dia telah ditinggalkan oleh kekasihnya hanya kerana badannya gemuk. Bekas teman wanitanya malu gara-gara ramai kawannya mengejek lelaki itu macam gajah dan tidak layak untuk bercinta dengannya.

Disebabkan kecewa, pemuda berkenaan nekad untuk menguruskan badannya untuk membuktikan bahawa dia juga boleh berubah. Apa yang lebih menarik adalah, dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 50 kilogram iaitu dari 120kg ke 70kg.


 

“Ruginya perempuan tu, glow up dia bukan main hensem. Proud of you!” – Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini sudah mencecah 1.6M views, 213.4K likes dan 6.5K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut merasa kagum dan terinspirasi dengan perubahan pemuda tersebut.

Malah, ramai yang berpendapat bahawa bekas teman wanitanya sudah tentu rasa menyesal kerana meninggalkannya dulu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*