Dapat Gaji RM540 Sehari, Pemuda Dedah Kerja Kutip Ceri Di New Zealand

Bekerja sebagai pemetik buah di luar negara khususnya Australia dan New Zealand sudah tidak asing lagi dalam masyarakat Malaysia

Walaupun banyak tohmahan mengatakan kerja itu persis seperti buruh kasar, namun ia tidak mematahkan semangat segelintir orang untuk mencari rezeki di luar negara.

Malah, gaji yang ditawarkan juga agak lumayan tau. Senang cerita, pendapatan selama setahun sudah memadai dan boleh pulang ke Malaysia membawa sejumlah wang yang besar.

Pengalaman mengutip buah ceri turut dikongsikan oleh seorang pemuda di TikTok ini dan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@saudalgar

Kalau ada stamina/will yg kuat, boleh cuba job ni ##saudalgar ##travel ##newzealand ##fruit ##fruitpicking

Taste – Tyga

Kerja santai dengan kawan-kawan, sehari boleh dapat RM540

Menerusi video yang dimuat naik oleh @saudalgar, dia mendedahkan pengalamannya bekerja sebagai pengutip buah ceri di New Zealand.

Menurutnya, dia mula bekerja seawal 5.52 pagi dan gajinya dikira per bucket. Kebiasaannya, dia mampu memetik tiga bucket ceri selama satu jam.

Apa yang lebih menarik adalah, gaji hariannya boleh mencecah sehingga RM540. Dia juga diberi kebenaran untuk terus makan buah ceri segar yang baru dipetik.

Ketika artikel ini ditulis, video pemuda tersebut telah mendapat 547.4K tontonan, 52.8K tanda suka dan 619 perkongsian di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Ada yang mengingatkan supaya semak betul-betul agensi yang menawarkan kerja seperti itu kerana sudah ramai yang terkena scam.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:


Kerja apa pun mesti ada pros and cons dia. Yang penting cari pengalaman dan banggakan keluarga 🙂

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*