Kereta Proton Saga Halang Laluan Lori, Terpaksa Panggil Forklift Alihkan

Umum semua orang mengetahui sekiranya kita ‘terpaksa’ meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya, kita akan meletakkan nombor telefon yang boleh dihubungi bagi memudahkan orang ramai menggunakan laluan jalan.

Namun bagaimana pula cara mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan apabila pemiliknya tidak meninggalkan apa-apa butiran untuk dihubungi? Baru-baru ini tular satu rakaman video di mana orang ramai di kawasan kilang telah mengalihkan sebuah Proton Saga menggunakan forklift.

Menurut pemilik asal video tersebut, dia yang sedang memandu lori treler sepanjang 40 kaki penuh muatan besi tidak dapat masuk ke kawasan kilang apabila ada sebuah Proton Saga menghalang laluannya.

Lalu dia hubungi pemilik kilang memaklumkan perkara yang berlaku dan pemilik kilang telah meminta pekerja-pekerjanya membawa dua buah forklift untuk mengubah kereta Proton Saga tersebut.

 

Ya operasi sudah berjalan. Dia angkat kereta itu terus. Hebatlah abang,” puji pemandu lori treler kepada pemandu forklift mengangkat kereta yang menghalang laluan dengan penuh berhati-hati.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*