
Terdahulu, luahan seorang wanita yang mendakwa telah dikhianati susulan namanya dibuang daripada syarikat oleh suami sendiri ternyata mengundang simpati ramai. Sejak itu, lelaki tersebut dikritik ‘bagai kacang lupakan kulit’ gara-gara tidak menghargai jasa isteri yang sanggup susah senang bersama sejurus lepas mengecapi kemewahan.
Allah uji kita sebab sayang…
Sambil memuat naik klip video yang memaparkan dirinya bagi burung makan di Tanah Suci, usahawan El Azman berkongsi hikmah setiap ujian diturunkan adalah sebagai tanda sayang Allah S.W.T. terhadap hamba-Nya. Dia malah percaya, asbab kesabaran ketika mengharungi satu-satu dugaan itu mampu jentik hati seseorang agar ingat kembali pada Maha Pencipta.
Dicaci beribu, hina & fitnah hadapkan sahaja…Allah ada untuk orang yang diduga
Ujarnya lagi, manusia memang tidak terkejar dek segala nikmat yang tersedia di dunia. Walau dicaci, dihina atau difitnah oleh berjuta orang sekalipun, dia percaya bahawa jika seseorang itu reda dan berserah semuanya akan kembali baik-baik semula. Justeru itu, El Azman mengucapkan tanda syukur kerana berasa semakin dekat di sisi Allah S.W.T sebalik apa yang telah berlaku.
Masa, kebahagiaan & harta…3 yang tak mungkin dapat sekali
Menerusi posting ‘part 2′ di Instagram miliknya pula, El Azman menyifatkan bahawa masa, kebahagiaan dan juga harta adalah agak mustahil untuk diraih sekali gus. Namun begitu, ketiga-tiga elemen berkenaan itu tetap diharapkan dapat jua dalam kehidupan.
Leave a Reply