
Siapa sangka bahawa n4jis lembu juga boleh ditukar menjadi satu barang yang menjana ekonomi untuk penduduk tempatan di Indonesia ini. Menerusi laporan Suara.com, kumpulan penternak di Desa Nagrak, Kabupaten Bandung Barat telah berusaha mengubah bahan bu4ngan dari lembu menjadi ‘permata’ yang menghasilkan jutaan rupiah sebulan.
Mereka dipercayai telah membuat briket atau media tumbuh-tumbuhan dari n4jis lembu.
Salah seorang penternak, Ujang Ica Supriatna berkata dia memulakan perniagaan membuat briket dari kotoran lembu sejak tahun 2019 ketika bertemu dengan seorang profesor.
“Kami diajar untuk memproses bahan buangan lembu sehingga ia boleh diubah menjadi briket atau media tanaman.
“Sudah dua tahun dan ia masih berjalan sehingga sekarang, terdapat 15 orang yang terlibat dalam projek ini,” katanya.
Sebelumnya, dia dan penternak lembu yang lain hanya melakukan kegiatan yang sama setiap hari iaitu memberi m4kan dan membersihkan kandang lembu.
Dalam keadaan itu, mereka sebenarnya terdedah kepada gas metana yang dikeluarkan dari tompokan n4jis lembu. Jika terus dihidu setiap hari, ia akan memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan mereka.
Buktinya, ramai penternak lembu yang berusia 60 tahun mengalami mas4lah kesihatan.
“Ternyata ia adalah kesan menghidu gas metana dalam waktu yang singkat tetapi mereka tidak mengetahui hal itu kerana tidak cukup berpendidikan,” kata Ujang.
Disebabkan itu juga dia dan penternak yang lain bertekad untuk mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.
Difahamkan, briket n4jis lembu berfungsi seperti baja yang ditanam di dalam tanah untuk menyuburkan tanaman. Namun, kerana ia dibuat dari bahan organik, tanaman itu mungkin memerlukan waktu yang agak lama untuk tumbuh.
“Briket hanya perlu dipotong-potong, kemudian ia juga akan ditanam di tanah yang sudah memiliki tanaman. Fungsinya seperti baja untuk menyuburkan tanaman.
“Najis lembu dicetak dan kemudian akan disembur dengan seb4tian bio untuk ‘mengikat’ gas metana, briket juga tidak akan berbau,” jelas Ujang kepada Suara.com.
Tambahnya, dalam sebulan dia dapat menjual sehingga 30 ribu keping briket ke berbagai wilayah di Indonesia. Walaupun berb4u dan dirasakan jij*ik, namun dia dapat menjana sehingga Rp 6 juta (RM1,758) sebulan.
Sumber: Suara.com
Leave a Reply