Sajat Tinggal Di Kondominium Mewah Bangkok , Ini Harga & Dekorasi Kondo Itu..

Sangat Licik! Nur Sajat Guna Nama 'Bella' & Pembantu Di Malaysia Untuk  Keliru Pihak Berkuasa

Ketika ini, usahawan sensasi Nur Sajat masih lagi berada di Bangkok selepas diikat jamin berikutan pihak Imigresen negara itu menahannya baru-baru ini.

 

Lokasi Sajat Dikenalpasti 

Biarpun dibebaskan, Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman masih perlu melaporkan diri ke pejabat Imigresen Thailand setiap 14 hari. Terbaru menerusi pendedahan Harian Metro, lokasi persembunyian Sajat telah dikenalpasti.

Bersembunyi di Kondominium The Lofts di Yennakart, Bangkok, Sajat atau turut dikenali rakan-rakannya sebagai ‘Bella’ telah bersembunyi di lokasi tersebut sejak sejak Mac lalu.Mempunyai 18 tingkat, kondominium elit tersebut juga dilengkapi dengan kolam renang dan gimnasium.

Sewa RM2,500 Di The Lofts 

Menurut sumber juga, harga sewaan unit kondominium itu bermula 20,000 baht Thailand (kira-kira RM2,500) sebulan dan turut berhampiran dengan pelbagai kemudahan serta pengangkutan awam. Difahamkan, Sajat menyewa di situ bersama seorang rakannya.

Terdahulu, Sajat telah ditahan pada 8 Septemebr dan dibebaskan pada 10 September dengan jaminan AS$2,000 (RM8,343) yang dibuat seorang warga tempatan dikenali sebagai Misha, 9 September lalu. Dalam pada itu, dia turut dikatakan memohon berpindah ke Australia selepas memberi alasan menerima ugutan bunuh daripada pihak tertentu di Malaysia.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*