Aku Tak Pernah Sentuh Isteri, Setiap Kali Nak “Bersama” Isteri Muncul Lembaga Hitam Dlm Bilik

 

 

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Naqib. Aku baru mendirikan rumahtangga sejak beberapa bulan yang lalu. Alhamdulillah rumahtangga kami bahagia dan saling melengkapi. Cumanya ada satu part yang aku sendiri tak dapat nak rungkai dalam hidup aku. Keluarga aku dan belah isteri orang biasa-biasa je. Bab agama sentiasa dijaga. Takde yang amalkan ilmu-ilmu khurafat sebab semua berpendidikannya terjaga.

Namun sejak aku dah mendirikan rumahtangga, aku rasa seperti ada sesuatu yang marahkan aku. Terutama sekali bila aku bersama dengan isteri aku.

Lumrah dalam kehidupan rumahtangga, kalau suami adalah pakaian bagi si isteri dan isteri adalah pakaian bagi suami.

Dan bagi seorang lelaki, itu adalah maruah dan jati diri yang perlu dijaga. Ehem2. Termasuk juga aku. Tipu la kalau ada isteri tapi takde nafsu kan. Tetapi lain pula k3s aku.

Setiap kali aku dan isteri cuba untuk bersama, seolah2 ada satu lembaga hitam yang datang dalam bentuk bayangan yang menganggu fikiran dan pandangan aku.

Sampaikan kadang2 bayangan tu berubah di wajah isteriku atau menjelma di sudut2 bilik dan membuatkan aku takut setakut-takutnya. Dan waktu itu juga nfsu jantan ku turun secara drastik.

İsteriku tidak nampak benda-benda seperti itu kerana dia agak berani orangnya. Jadi setiap kali aku cuba terangkan keadaan lembaga yang aku nampak,

dia seolah-olah tidak dapat bayangkan mcmne lembaga tu datang mengacau. Walaupun dia cuba untuk memahami penceritaanku tapi dia memang tak boleh buat apa2.

Pernah satu hari, dia bertanya bagaimana rupa lembaga tersebut. Aku pun memberitahu, lembaga itu berambut panjang yang amat kusut.

Berbaju putih lusuh dan kotor, bermuka sgt buruk dan tua. Boleh dikatakan macam muka ‘cik pntianak’. Dan yang peliknya bayangan tu datang sejak kami mendirikan rumahtangga.

Pernah juga isteriku bertanya, adakah benda tu marah sebab aku telah berkahwin dengannya. Aku pun tak tahu nak jawab macamna sebab bab2 ilmu ghaib ni, aku bukan tahu sangat. Tapi aku jawab, lembaga tu ganggu bukan sebab isteri aku,tapi sebab aku dah berkahwin.

Jadi mana- mana perempuan yang aku kahwini pun,boleh jadi benda tu akan datang juga. Aku terangkan supaya isteri aku tak salahkan diri dia. Biasa la orang perempuan ni sensitif sikit.

Dulu aku pernah dengar kalau ada makhluk yang dah suka dekat kita, dia takkan lepaskan kita pada orang lain. Jadi boleh jadi juga kalau dia marah bila aku dah jadi milik orang. Aku takut ianya hanya ‘hantaran’ orang yang dengki dengan aku dan keluarga aku .

Tapi aku tak berani untuk menfitnah siapa2. Akan tetapi aku tak nak percaya benda-benda ni, takut jadi khurafat. Cumanya bayangan tu menganggu aku bila aku ingin bersama isteriku sahaja.

Sampaikan satu tahap, isteriku pernah merendahkan dirinya sendiri sebab aku tak pernah sentuh dia sejak dari kami berkahwin. İsteriku sampai terfikir yang aku tak ada nafsu dengan dia. Ye la, siapa tak sedih kalau jadi macamtu kan. Bayangkanlah mcmne perasaan dia.

Mesti dia fikir aku tak sayang dia. Sedangkan lumrah suami isteri memang untuk saling membahagiakan. Jadi aku dilema bila nak bersama. Bukan disebabkan isteri aku tapi disebabkan lembaga tu selalu kacau. Sedangkan aku sayang sangat kat isteri aku.

Dan tiap kali lembaga tu ada,aku akan minta isteri aku pluk aku kuat2 dan bacakan ayat2 yang sepatutnya. Kadang kami tidur beralunkan bacaan ayat2 al-quran, baru aku boleh tido dengan lena.

Cumanya ada satu masa,bila benda tu tengah marah dengar ayat al-quran,dia seperti pijak/hempap betis kanan aku.

Waktu tu aku rasa memang lenguh dan kebas. Dan isteri aku juga yang tolong urut dan tenangkan aku. Kadang aku rasa kesian pada isteri aku sebab dia tak tahu apa2 pun pasal benda2 ni

tapi bila suami dia kena kacau, dia tak boleh nak bantu apa2. Nak halau apatah lagi. Cumanya aku bersyukur sebab dapat isteri yang sangat2 pengertian dan memahami.

Dia seorang yang tabah, sabar dan kental.. Dia tak pernah merungut pun. Dia selalu tenangkan aku. Macam Siti Khadijah tenangkan Rasulullah saw waktu dapat wahyu pertama.

Betullah orang kata, pluukan isteri tu sangat menenangkan dan buat kita rasa selamat. Dan setiap kali ada benda yang tak sedap cuba ganggu aku, isteri aku yang akan jaga aku dan tidurkan aku walaupun dia tak dpt tidur lena.

Bila difikir2kan, belum tentu semua wanita mampu untuk buat benda-benda ni untuk aku. Boleh jadi ramai yang tak tahan dan melarikan diri dari aku.

Kesimpulannya, aku masih tak tahu kenapa lembaga tu suka ikut aku. Sedangkan keluarga kami tiada belaan saka atau sekutu dengannya. Ada juga yang nasihatkan aku untuk pergi ber ruqyah.

Ye, aku cuba banyak kali. Dan kebanyakkanya kata ada benda tu dah suka dengan aku, jadi dia ikut je aku. Tapi sejak aku dah kahwin, aku belum ke ruqyah lagi. İnshaaAllah aku cuba untuk pergi waktu terdekat ni.

Apa2 pun, aku harap korang tolong doakan untuk aku dan family ya. Aku harap rumahtangga aku tak hncur hanya semata2 kerana lembaga tu. Sekian.

Ramai terkesan dgn perkongsian ini, apa reaksi warganet

Ridzuan Husni, Amalkan ayat pendinding dan selalu la pasangkn ayat2 ruqyah kt rumah tu. Buat solat hajat mohom Allah temukan dgn perawat yg sesuai yg boleh menyelesaikn masalah ni,

Penat dn buang masa, tenaga dn wang ringgit jika pergi ke tmpt2 yg tak serasi. InsyaAllah bila dh bertemu dgn per4wat yg sesuai, selesai la masalah ni.

Emam Ismail, Aku pernah alami situasi macam ni masa mula2 kahwin dulu. Dekat 10 bulan kahwin juga wife aku kekal dara.

Wife aku pun sedih, sebab takut aku frust. Tapi aku relax je. Aku selalu motivate dia supaya jangan sedih sebab kalau selalu sedih hubungan suami isteri akan jadi hambar. Maka menang la orang yang buat tu.

Zuhara Zahra, dik.. sebelum adik bernikah seboleh2nya syaiitan/j1n akan suh adik berbuat mksiat, berziina, dan segala bentuk yang boleh menjerumuskan adik dan pas4ngan tak halal melakukan perbuatan d0sa.

Bila sah sahaja lafaz ijab dan qabul.. maka berebut2 pula mereka aturkan stratergi mencrai beraikan ikatan perkahwinan adik dan isteri.. pergilah berubat dik.. bw isteri sekali.

Benda ni dia kena buang.. kena berubat.. sbb ada kala kudrat kita xmampu nak hilangkan dia.. perluukan bantuan orang yg betul2 mahir perubatan islam.. ini je nasihat akak.

Mahmud Othman, Insallah makhluk jin ni boleh dikeluarkan dengan mudah andainya diislamkan dengan menggunakkan ayat ayat al quran..sebab dia juga makhluk Allah..yang perlu ditunjukkan jalan yang lurus.

Sama ada siihir..saka.. atau apa sahaja semuanya ganguan jin je..yg penting empunya diri kena banyak mengamalkan zikir..tak susah pun yg penting kena istikomah.

Jika ada yg mengalami masalah ganguan boleh pm saya nnt saya beri no guru saya..dia duduk di air hitam batu pahat…jangan risau tentang bayaran kerana jariah seikhlas hati.

Aura Maira, Sila hantar di fiksyen shasha juga ya..minta pendapat. Nanti ramai yang akan suggest nama perawat yang masing3 pernah gunakan khidmatnya.

Di iium ni dulu ada seorang pnh confess, tentang ex housemate yang marah dia buang ulat sampah, dan balas balik bn0h kucing confessor.

Next confession dia hantar ke fiksyen shasha, ex housemate nama nani tu hantar mcm mcm ‘makhluk’ pada dia even akibatkan dia jadi 0KU. Atas suggestion pengomen bagi no per4wat, dia pilih En Zul tak silap atas gerak hati.

Dua tahun lpas tu dia hantar confession lagi yang Ustaz Zul bgtau ex housemate dia dah kmbli pada yang haq.

Cik Nadia, Mungkin ko mmg tak mahu bersama isteri ko… sbb tu ko sanggup confess kat sini drpd pergi beruubat… apa pun, kalau ko betul takde perasaan kat isteri ko, bgtau dia dan dengar apa solusi dia.

Kalau dia mahu bercrai, bercrai kalau dia mahu bertahan dan bagi peluang pd hubungan kamu, then kamu bertahan la. cuba semampu yg ko boleh utk selamatkan rumahtangga ko.

Cik Ros, Pergi jumpa pakar ps1kiatri juga selain pi rukyah. Kesian bini. Dah mcm terbalik pula. Asal ko takut jer dia kena berjaga spnjang mlm plukkan kau sambil baca2 ayat quran smpai pg.

Bkn skali berbulan2 plak tu. Jgn nak samakan tindakan kau dgn nabi yg dpt wahyu pertama ditenangkan Siti Khadijah. Geeli aku dengar. Kau takut hntu. Bkn dpt wahyu dr malaikat.

Izzah Halim, dh rmai suh ko g berubat… aku cma nk pesan, bca al-mathurat sblum ko pergi brubat… bismillah 6 skli.. tu boleh halau dia skejap.. g brubat kalau nk halau bt slmenye.

Nadia Huda, Berubat first. Cary ustaz yng guna ayat suci Al-quran. Dia x suka sbb u brkhwin. acctly ramai pasngan mngalami bnda2 mcm ni.

Ade yg  mimpi syaiitan/jin dok sebelah dia and perhatikan dia..bila da sedar..mmg btol ade sebelah dia dan tngah mengilai kt tepi tlinga dia..

I ada number ustaz yng boleh dtng rumah and rawat u. Ade tu bila ustaz otw ke rumah dia rasa panas..gelisah..bila ustaz da sampai rumah dia rasa nak marah dkt ustaz..

Tue adlah salah satu gangguan syitan/jin..berubat la cepat2.sbb lama2 akan bgy kesan pada rumahtangga..Bila berubat bukan sekali ajew dah berkesan..kena berkali2..dia amek masa..berusaha untk selesaikan prob.

Sumber IIUM

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*