Tak Nak Staff Hilang Pekerjaan, Mila Buat Pinjaman Bank Untuk Bayar Gaji 117 Pekerja

Banyak perniaga yang terjejas atas akibat pandemik COVID-19 yang melanda di negara kita sekarang ini. Tidak terkecuali, penyanyi dan usahawan terkenal Mila Jirin juga sedang mengalami detik sukar ketika ini namun dia hanya mampu berserah segalanya kepada Tuhan.

 

Tetapi, Mila tidak mudah berputus asa dan menurutnya seorang usahawan perlu mempunyai pelbagai perancangan untuk terus mencari rezeki.

Sememangnya saya reda dan berserah kepada Allah SWT atas apa yang berlaku, selain itu, kita mesti ada pelbagai perancangan, kalau tak jadi satu, boleh buat perkara lain, bak kata orang plan B, C, D dan seterusnya.

Ketika temubual secara maya bersama Gempak, Mila akui memahami situasi pekerja-pekerjanya yang mempunyai komitmen sendiri, jadi membuat pinjaman bank untuk membayar gaji pekerjanya merupakan idea yang terbaik.

Tak pernah dalam sejarah seorang majikan membuat pinjamam bank untuk membayar gaji pekerja, saya pasti ramai usahawan di luar sana juga melakukan perkara sama.

Difahamkan, jumlah pekerja yang berkerja di bawah enam syarikat Mila terdapat hampir 117 pekerja dan jumlah gaji yang diberikan oleh Mila buat pekerjanya secara keseluruhan mencecah RM200,000.

SUMBER : Gempak

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

1 Trackback / Pingback

  1. Bimbang Dgn Nasib 117 Orang Pekerjanya, Mila Nekad Buat Pinjaman Bank Untuk Bayar Gaji Pekerjanya - Kalam indah

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*