Berat Naik Banyak, Elyana Berterima Kasih Ramai Hantar Makanan

 

Seperti yang ramai tahu, keadaan kesihatan penyanyi dan pelakon Elyana semakin merosot sejak didiagnosis dengan penyakit kanser limfoma tahap empat.

Menerusi sebuah ‘posting’ di Instagram baru-baru ini, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu berkongsi perkembangan terbarunya selepas menjalani rawatan radioterapi.

Berat semakin naik selepas rawatan

Menurut selebriti berusia 34 tahun berkenaan memberitahu berita gembira bahawa berat badannya terkini semakin bertambah iaitu dari 35kg kepada 42kg.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by elyanaofficial (@elyanaofficial1)

Dalam pada itu, pelantun lagu Tak Tercapai Akalmu tersebut meluahkan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada individu yang tidak berhenti berdoa serta murah hati menyedekahkan makanan kepada dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut berasa gembira dengan perkongsian penyanyi tersebut. Ramai juga yang mendoakan kesejahteraan Elyana agar cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

Moga terus sihat!

Take Care Elyana

Semoga cepat sembuh

Terdahulu, Elyana memaklumkan berat badannya semakin berkurang dan terpaksa menjalani rawatan radioterapi di hospital. Syukur kepada Tuhan, segala urusan Elyana berjalan dengan lancar berkat doa para peminat dan netizen.

Sumber: Instagram Elyana

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*