Siapa Dapat 5A Dalam SPM , PU Riz Akan Beri RM300.. Ini Cara Mendapatkanya..

Kuala Lumpur: Pendakwah bebas dan selebriti, Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz menawarkan RM300 kepada pelajar yang mendapat keputusan 5A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diumumkan semalam.

PU Riz, 26, berkata, mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak atau kepada pelajar itu sendiri boleh terus menghubunginya menerusi mesej peribadi (DM) di Instagram berserta bukti slip keputusan SPM mereka.

“Saya mencari pelajar yang mendapat keputusan 5A dalam SPM 2020 yang diumumkan semalam. Mereka hanya perlu DM saya berserta slip keputusan bakal menerima hadiah daripada saya.

“Setiap seorang akan dapat RM300. Saya mahu berkongsi rezeki dengan adik-adik ini sekali gus mahu memberi galakan kepada mereka untuk terus berusaha pada masa akan datang.

“Saya tahu nilai ini tak besar, tapi apa saya cuba nak sampaikan adalah setiap usaha itu pasti akan peroleh kebaikan dan ganjaran. Buktinya mereka sudah belajar bersungguh-sungguh dan dapat keputusan cemerlang. Kemudian dapat pula ganjaran hadiah,” katanya yang juga suami kepada selebriti popular, Neelofa.

Dalam masa sama, PU Riz menjemput semua pelajar yang terpilih itu menyertai sesi siaran langsung di Instagram @hrisbismail pada jam 1 petang, esok.

“Saya memberi peluang kepada mereka untuk turut serta dalam sesi ‘live’ bersama saya. Sedikit sebanyak mereka boleh berkongsi tips pembelajaran atau apa saja yang diamalkan sehingga mendapat keputusan cemerlang.

“Saya anggap perkongsian ini nanti bukan saja berguna pada semua yang menonton, tapi dapat dijadikan inspirasi kepada pelajar lain yang bakal menduduki SPM akan datang

“Mana tahu perkongsian ini nanti dapat menjadi asbab kepada kejayaan ramai pelajar pula,” katanya.

Wawa Zainal Beri RM200 Pelajar Yang Dapat 7A Dalam SPM

Biodata Artis Wawa Zainal. Profail dan Latar Belakang. — MYKMU.NET

Bagi meraikan kejayaan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menerima keputusan cemerlang semalam, pelakon dan usahawan muda, Wawa Zainal dengan baik hati memberi ganjaran sebanyak RM200 seorang.

Wawa secara rawak menerusi akaun Instagram (IG) miliknya meminta pelajar SPM yang cemerlang menerima 7A ke atas untuk menunjukkan keputusannya di mesej peribadi untuk diberi hadiah saguhati tersebut.

“Congratulations my adik-adik yang dapat result SPM tadi. Siapa dapat 7A? Meh DM (mesej peribadi) Kak Wawa result sebab nak bagi reward.

“Minimum 7A ok! PM result adik-adik. Kena tunjuk result baru dapat ok. Kak Wawa bagi RM200,” katanya di Insta Story.

Lewat malam tadi menerui kemas kini terbaharunya, Wawa memuat naik foto bukti pemindahan RM200 ke beberapa akaun bank yang dipercayai pelajar cemerlang yang dipilihnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji caranya dalam memberi reward atau ganjaran kepada pelajar cemerlang.

“Alhamdulilah semoga murah rezeki…”- puji salah seorang pengikutnya.

Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*