“Sendiri Buat Hal, Sendiri Cakap Pahala Berganda-ganda”- Ridhuan Tee Bidas Kenyataan Siti Nurhaliza

BETUL ke dapat kumpul pahala berganda-ganda 10 malam terakhir kerana masalah yang dicipta sendiri?”

Berikut antara persoalan dilontarkan oleh Pendakwah, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah baru-baru ini.

Beliau mengutarakan soalan sedemikian susulan tindakan seorang selebriti yang sebelum ini memuat naik status berpeluang mengumpul pahala gara-gara majlisnya tular dan mendapat kecaman.

“Teruja berita pandangan seorang artis mengenai majlis yang dicipta sendiri apabila menjadi viral dan menimbulkan masalah, sedap dia berkata, pahala dapat berganda-ganda disebabkan dugaan majlis tersebut.

“Ustaz mana yang artis ini rujuk pahala berganda-ganda? Nak juga saya tahu nama ustaz itu untuk saya bertanya lanjut.

“Sendiri yang buat hal, sendiri pula mengaku dapat meraut pahala berganda ganda, menggunakan nama ustaz,” tulis beliau menerusi satu hantaran dalam laman sosial Facebook.

Bicara lanjut, Ridhuan Tee turut meminta supaya budaya mempergunakan nama agamawan demi menyembunyikan kesalahan dilakukan sendiri perlu dihentikan.
RIDHUAN TEE menasihatkan agar budaya mempergunakan nama para agamawan bagi menyembunyikan kesalahan diri sendiri perlu dihentikan. 
“Konteks dan teks berbeza. Dugaan yang dicipta sendiri, berbeza dengan dugaan sebenar. Hanya Tuhan yang tahu. Orang beranak juga, tetapi tidak seriuh ini.

“Saya bersependapat dengan Mufti Perlis (Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin) yang dalam kiasnya, soal keutamaan antara menziarahi ibu bapa atau memenuhi undangan artis.

“Dalam Islam, kena fahami fiqh awlawiyyat atau fiqh memahami keutamaan sebelum mengeluarkan sesuatu kenyataan,” ujarnya lagi.

Tidak berhenti di situ sahaja, Ridhuan Tee juga memberikan beberapa contoh mudah untuk renungan bersama.

“Contohnya antara perkara sunat dengan perkara wajib. Mana perlu diutamakan? Begitu juga antara majlis sunat dengan majlis sunat. Sunat mana yang perlu diutamakan.

“Selain itu, contoh lain antara majlis aqiqah artis dengan jemputan ibu bapa sendiri. Kedua-dua perlu diberikan perhatian, mana perlu diutamakan? Sudah tentu majlis ibu bapa sendiri lebih diutamakan berbanding jemputan lain.

“Sama juga isu nak menghadiri majlis undangan ketika PKP (Perintah Kawalan Pergerakan), antara memenuhi jemputan atau tidak. Jika banyak yang memudaratkan, maka boleh sahaja tidak hadir,” jelas beliau.

pkp sekatan

MASYARAKAT dinasihatkan sentiasa mematuhi SOP ditetapkan bagi memerangi penularan Covid-19 di negara ini. Jangan pentingkan diri sehingga memudaratkan orang lain.

Dalam pada itu, beliau turut memberi gambaran: “Bayangkan dengan kehadiran sedemikian boleh memberikan mudarat kepada orang lain. Siapa yang akan dipersalahkan nanti? Sudah takdirkan?

“Ingatan saya hentikan budaya mencari publisiti ini. Tidak semua perkara perlu diberitahu kepada khalayak. Apabila timbul masalah, jawapan simplistik, dugaan, pahala berganda-ganda dapat. Siapa yang kata? Siapa yang dirujuk?.”

Sumber: Facebook Mohd Ridhuan Tee Abdullah

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi kecaman netizen selepas bertindak memuat naik status dalam InstaStory miliknya semalam.

Menerusi status tersebut, Siti atau nama sebenarnya Siti Nurhaliza Tarudin, 42, meluahkan sepatutnya berasa gembira apabila ditimpa dugaan namun berlaku sebaliknya.

Difahamkan, status itu dimuat naik Siti merujuk kepada situasi yang sedang hangat diperkatakan netizen terhadap keluarganya kini.

“Alhamdulillah, saya patut tengah seronok ni, kumpul pahala banyak-banyak sepuluh malam terakhir ni.

“Kata Ustaz bila berhadapan dengan dugaan ini. Dapat pahala free (percuma) berganda-ganda pula itu. Alhamdulillah,” tulisnya.

Rentetan itu, segelintir netizen dalam laman Twitter meluahkan rasa kecewa dan mempertikaikan tindakan Siti yang berkongsi status berkenaan.

Menurut mereka, selepas memuat naik kenyataan rasmi dalam media sosialnya mengenai isu tahnik tersebut, Siti tidak seharusnya berkongsi sebarang perkara berkaitan kerana kelak menganggu sensitiviti orang ramai.

“Ya. Macam boleh je dia diam lepas keluar statement (kenyataan). Lama-lama orang lupa lah,” tulis seorang pengguna Twitter.

Pada masa sama, tidak kurang juga ada yang bertindak mempertahankan Siti daripada terus dikecam dan memohon kepada orang ramai agar tidak menyalahkan penyanyi itu serta memberi ruang kepadanya dan keluarga.

Sejak beberapa hari lalu, pelantun lagu Anakanda itu dan keluarga menjadi perhatian netizen berikutan isu menjemput seorang pendakwah terkenal dari negeri lain ke majlis tahnik anak keduanya, Muhammad Afwa.

Siti tampil menepis dakwaan tersebut dan menyatakan pendakwah itu bersetuju untuk hadir kerana secara kebetulan dia turut berada di Kuala Lumpur atas urusan kerja.

Beritahunya lagi, majlis yang diadakan juga mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana menghadkan jumlah tetamu pasa satu-satu masa. – K! ONLINE

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*