Melur adalah org paling jahat penah aku jumpa. Lepas dah kawin baru aku tahu kenapa org macam melur aku kenal dlu

Hari ni aku nak kongsi 1 pengalaman buat iktibar untuk kita semua. Temanya, Dengki. Orang yang ada perasaan dengki ni, dia takkan puas hati bila tengok kesenangan & kelebihan orang lain.

Dia akan gembira bila orang tu hilang kelebihan atau hidup sengsara.
Suatu ketika dulu, ada seorang perempuan ni aku bagi nama dia Melur.

Melur seorang yang cantik & pandai. Tutur kata dia lemah-lembut, nampak sopan saja. Tapi Melur ni ada 1 perangai yang mana dia tak boleh tengok orang yang lebih cantik, lebih pandai & lebih ramai peminat dari dia.

Mula-mula aku baik ja dengan Melur tapi Melur mula tak puas hati dengan aku bila mana aku tegur dia buat assignment sambil lewa & berkelakuan sumbang.

Melur dengan bangga cerita dekat aku yang boyfriend dia sentuh dia dalam kereta. Mengucap panjang aku.

Masa ni aku belum nampak sikap sebenar Melur. Aku ingat dia sakit hati sebab mulut aku ni lantang sikit. Aku kalau orang buat kerja sambil lewa, aku memang naik angin.

Makanya aku pun berubah, cuba cakap baik-baik. Tegur orang dengan cara yang lebih baik. Aku minta maaf kat Melur, sentiasa jaga tutur kata & perlakuan supaya tak menyakitkan hati dia.

Aku kira Melur ni hatinya sensitif sebab dia nampak lembut sangat.Suatu hari, aku pergi ke bilik kawan aku (Teratai) sebab aku nak minta dia ajar aku buat 1 assignment.

Aku nampak Melur tanya dia, “Assignment tu dah siap ke? Kalau dah siap nanti hantar kat aku ea.” Aku nampak muka Teratai macam takut & iyakan saja. Aku pun tanya la kenapa.

Teratai kata Melur selalu minta assignment dia untuk Melur tiru. Teratai terpaksa bagi sebab dia takut kena serang dengan geng Melur.

Aku tak tengking dia. Aku tak halau dia dari bilik aku.” Aku pernah dengar ada pelajar perempuan kata kat Kenanga,

“Tak sangka ea orang yang nampak baik & pakai tudung labuh macam kau boleh buat kat Melur macam tu.”

Allah, luluh hati aku dengar tapi aku tak mampu nak menyangkal dakwaan tu secara terang-terangan.

Takut aku jadi sasaran Melur sekali lagi. Selain kena fitnah, Melur pernah dengan sengaja tuang bahan kimia kat tangan aku.

Muka dia selamba ja tengok aku cepat-cepat cuci tangan, mujur bukan asid. Kang tak pasal hilang sebelah tangan aku.

Lepas habis belajar, aku putuskan semua hubungan dengan dia sebab aku dah tak nak rapat lagi dengan orang macam tu.

Aku berdoa semoga aku tak jumpa lagi orang yang kuat dengkinya macam Melur. Aku pernah persoal kenapa Allah bagi aku jumpa Melur.

Tahun berganti tahun, hidup aku diuji dengan pelbagai dugaan tapi aku dah tak jumpa orang macam Melur.

Namun, aku sangka panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Aku diuji pulak dengan mentua & ipar-ipar yang dengki terhadap aku.

Aku dapat tahu diorang selalu stalk media sosial aku lepas tu sakit hati & buat fitnah.Sama macam Melur, depan aku lagak biasa tapi belakang aku, macam-macam tuduhan.

kita tak boleh jangka apa yang dia sanggup buat untuk musnahkan hidup orang yang dia tak suka.

Boleh juga lazimi Surah An-Nas untuk minta perlindungan Allah daripada perbuatan orang yang berhasad dengki.

Aku percaya tak ada siapa pun yang boleh bagi mudarat pada diri kita tanpa izin Allah.

Hadis riwayat Abu Dawud.

Semoga kita terpelihara dari sifat dengki yang boleh memusnahkan semua amal kebaikan kita. Kecantikan, kepandaian & kemahsyuran, semuanya datang dari Allah. Semua yang kita ada, semua Allah punya. Allah boleh bagi & Dia boleh ambil balik bila-bila masa.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*