
PETALING JAYA, 24 Feb ― Gara-gara menyokong pengambilan v4ksin Covid-19, pendakwah Rahmat Ikhsan Sofyan mendakwa dirinya digelar sebagai ‘ustaz dajal’.
Mendedahkan perkara itu di media sosial, Rahmat juga dikenali sebagai PU Rahmat bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pihak menggelarnya sedemikian.
View this post on Instagram
Jelas PU Rahmat, setakat ini terdapat lebih 20 individu menggelarnya ‘ustaz dajal’ dek kerana pendirian menyokong pengambilan v4ksin bagi mencegah jangkitan Covid-19.
“Alhamdulillah dah lebih 20 orang gelar saya Ustaz Dajal kerana pendirian yang menyokong v4ksin.
“Sekarang Ini kalau aku ustaz dajal, siapa ustazah dajal?” selorohnya di Twitter
Alhamdulillah dah lebih 20 orang gelar saya Ustaz Dajjal kerana pendirian yang menyokong vaksin.
sekarang ni kalau aku ustaz dajjal, siapa ustazah dajjal.
hahah
— Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) February 23, 2021
Pengambilan vaksin Covid-19 mendapat tentangan beberapa golongan yang mendakwa wujud agenda tersembunyi daripada pihak tertentu.
Tular di media sosial, ada pihak mendakwa program vaksin dijalankan kerajaan didalangi kumpulan anti-Islam yang dikaitkan dengan makhluk dajal.
Dakwaan itu kemudian mendapat perhatian Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menganggap ia sebagai tuduhan melulu.
Terdahulu, PU Rahmat turut memuat naik sebuah video menerangkan mengenai kepentingan vaksin Covid-19 selain menolak dakwaan ia merupakan agenda dajal.
Jelasnya, tidak logik jika vaksin dikaitkan dengan dajal memandangkan ia merupakan sebahagian usaha positif bagi menjaga kesihatan diri.
maaf Spam kejap , ni video khusus 7 sebab kenapa Vaksin bukan Agenda Dajjal.
Kita tonton dan sebarkan agar mulut anti Vax tertutup.
Btw Video ini tidak Disponsor Freemasonhttps://t.co/6S6noqyxDK
— Rahmat Ikhsan (@pu_rahmat) February 24, 2021
Leave a Reply