
Sejak sehari lalu, PDRM menjadi buah mulut netizen gara-gara dakw4an dua wanita dig4nggu termasuk ganggu4n s3ksu4l oleh anggota p0lis yang menjalankan tugas di sekatan jalan raya (SJR) di lokasi berasingan, baru-baru ini.
Kerana kejadian itu, ramai lah para netizen berkongsi pengalaman mereka ketika berhadapa dengan pihak polis ketika di sekatan jalan raya ataupun ketika berurusan di Balai.
Namun seorang wanita di FB bernama Suaida Salehudin berkongsi cerita pengalaman beliau ketika ditahan polis kerana cukai jalan yang telah tamat tempoh.
Roadblock ketika pulang dari tempat kerja
Tengah drive, sampai kat tol damansara then ada roadblock.
Aku dengan selamba muka confident angkat tangan dekat abg polis, siap pakej beri salam..
Dia tanya aku dari mana, aku cakap baru balik kerja, nak balik rumah.
Dia terpandang depan cermin roadtax aku mati bulan Ogos tahun lepas. haha..
Selamba aku bawa kereta dengan roadtax mati tapi sebelum ni tak pernah kena tahan.
Polis cakap, Cik berhenti tepi sekejap, minta lesen dengan ic.
Aku dalam hati alamakk.
Kantoi roadtax mati pulak.
Tak Sempat Tampal Roadtax..
Nak jadikan cerita, roadtax tu sebenarnya baru dapat, baru bayar tapi tak sempat tampal then aku letak je dalam kereta gitu je.
Aku cakap kat abg polis, encik roadtax ada, cuma saya tak sempat nak tampal.
Dia kata Haaa nasib baik, saya nampak roadtax mati dari bulan 8 lagi tu sebab tu suruh berhenti.
Polis Tolong Tampalkan Roadtax
Bagi saya roadtax saya tolong tampal kan.
Kawan polis tu cakap, special awak polis tolong tampalkan raodtax sambil gelak ramai-ramai. Busy sangat awak ni sampaikan roadtax nak tampal pun tak sempat.Aku tersengih je dalam kereta. Maaf la saya tak pandai tampal roadtax.
Nasib tak kena saman.
Terima kasih abg polis.. Baik sungguh abg polis tolong tampalkan roadtax kereta saya.
Cakap pun baik, lembut je..haha
Moral of the story, confident pun kadang-kadang boleh kantoi jugak..
And
Tak semua abang polis tu gatal and tak baik. Yang tak baik tu individu bukannya POLIS.
Wanita ini turut menyatakan polis tak semuanya teruk dan jika ada, ianya adalah sikap individu dan bukanya menggambarkan imej polis itu sendiri.
Komen netizen
sumber : FB Suaida Salehudin
Leave a Reply