“Menangis Saya Hari Ini..Terpaksa Buang 32 Biji “- Zara Zya Terletak Garam Pada Kek.

Umum mengetahui, ramai artis-artis tanah air telah menceburi bidang perniagaan. Antara perniagaan yang mereka jalankan adalah makanan, kosmetik, minuman dan pelbagai lagi.

Begitu juga dengan pelakon, Zainurul Raiza Mohd Zainuddin atau mesra disapa Zara Zya yang kini telah memulakan perniagaan menjual kek pisang dan coklat.

Terbaru, menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, aktres berusia 36 tahun itu meluahkan rasa kecewa apabila tindakan cuainya telah mengundang rugi.

Terpaksa buang 32 biji kek. Sedih!

 

pelakon drama Love You Mr Arrogant itu meluahkan rasa sedih dan terkilan kerana terpaksa membuang 32 biji kek akibat menyangka garam yang dimasukkan dalam jumlah banyak itu adalah bahan serbuk penaik.

Hal ini telah menyebabkan kek tersebut terlalu masin sehingga tidak boleh dijual kepada pelanggan yang telah membuat tempahan.

“Menangis saya malam ini, bila garam saya ingatkan bicarbonate soda. Masin semasin masinya kek saya malam ini. Terpaksa saya buang 32 biji,” jelasnya.

Walau bagaimanapun, anak kelahiran Perak itu menganggap tindakan tersebut sebagai satu pengalaman manis meskipun dipenuhi air mata kerana ralat.

Perkongsian Zara itu dibanjiri komen daripada pengikutnya yang turut tumpang simpati akan kesilapannya dan berharap agar dia sentiasa bersabar.

Lepas ini kena label siap2, baru nampak

Allahu, dalam perniagaan memang pelbagai ujian

Lawak tapi kesian pun ada

Tak apa, lepasni Allah kurniakan pelangi

Kesiannya Zara. Lepas ini kena tengok betul-betul betul apa yang dimasukkan dalam tu, apatah lagi buat dengan kuantiti yang banyak. Semoga tabah ya!

Sumber: Instagram Zara Zya

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*