Wanita Buat Rep0rt P0lis Kerana Di Soal ‘ Tak Pakai Br4’ , Ini Respon Pihak Atasan.

Kuala Lumpur: P0lis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakw4an dua wanita dig4nggu termasuk ganggu4n s3ksu4l oleh anggota p0lis yang menjalankan tugas di sekatan jalan raya (SJR) di lokasi berasingan, baru-baru ini.

Dalam k3s di Jalan Duta, di sini, seorang wanita mendakwa ditanya sama ada memakai baju d4lam oleh anggota p0lis bertugas, selain diberi jaminan tidak akan disam4n jika menunjukkan kepadanya.

Manakala, kejadian lain berlaku di Pulau Pinang apabila anggota p0lis didakwa menghantar mesej kepada wanita yang baru diperiksanya ketika melalui SJR dengan tujuan ingin berkenalan.

Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan kedua-dua dakw4an berkenaan.

“Siasatan pada masa ini adalah untuk mengenal pasti kedua-dua anggota terbabit berdasarkan keterangan dan maklumat yang ada.

“Bukit Aman sudah menghubungi kedua-dua wanita itu bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai anggota yang didakwa mengganggu mereka bagi membantu siasatan JIPS,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Zamri berkata, JIPS akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya ke atas mereka yang terbabit.

“Kesal4han-kesal4han sebagaimana yang dinyatakan itu adalah kesalahan tatakelakuan yang serius kerana ianya boleh mencemarkan imej PDRM.

“Saya ingin mengingatkan pegawai dan anggota p0lis perlu bersikap profesional dan tidak membuat sesuatu perkara atau melakukan percakapan tidak berkaitan dengan tugas rasmi yang sedang dijalankan pada masa itu,” katanya.

Kedua-dua wanita itu berkongsi hantaran situasi yang dialami mereka ketika melalui SJR menerusi akaun Twitter dan Instagram masing-masing.

Wanita yang dikenali sebagai Sabiyusof memaklumkan ditahan selepas tidak membawa lesen memandu ketika melalui SJR di Jalan Duta, di sini, semasa dalam perjalanan pulang ke Shah Alam selepas mengambil barang di Wangsa Maju, di sini.

Dia juga turut diminta mengemukakan surat kebenaran untuk pergerakan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun menunjukkan kebenaran itu dalam sistem menerusi atas talian dalam telefon bimbit miliknya.

Bagaimanapun, semasa pemeriksaan dilakukan, seorang daripada anggota polis bertanya soalan sama ada dia memakai pakaian dal4m atau tidak, selain turut mendakwa tidak akan disam4n sekiranya dia menunjukkannnya.

Wanita itu kemudian enggan menuruti permintaan itu, dan meminta anggota polis terbabit mengeluarkan sam4n.

sumber : hmetro /twitter sabiyusof

 

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*