“Kalau dh buat, jgn la bgtau diet”-Nurul Zahid Tak Malu Akui Pernah “P0t0ng Usvs”.

Sejak kebelakangan ini, tular di media sosial mengenai penampilan seorang vvip yang terlihat semakin anggun dan cantik setelah mengamalkan gaya hidup sihat.

Bermula dari itu, ramai yang turut sama berkongsi kejayaan masing-masing dalam mendapatkan penampilan menawan dan berjaya mengurangkan berat badan yang sebelum ini dilihat kurang bersesuaian.

Jadi, menerusi perkongsian  anak kepada Datuk Seri Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurul Hidayah Zahid telah telah bercerita tentang salah satu usahakanya dalam mengurangkan berat badan.

Dalam muat naiknya di Instagram, Nurul Hidayah mengakui telah melakukan pembedahan bariatrik (pintasan perut) atau lebih dikenali oleh masyarakat sebagai pembedahan pot0ng usvs.

Menurut Nurul Hidayah, berat badannya sebelum melakukan pembedahan adalah sekitar 100kg dan telah turun sehingga ke 58kg setelah melakukan prosedur tersebut kurang daripada setahun.

Tujuan perkongsian tersebut dibuat adalah untuk menegur mana-mana pihak yang mengakui melakukan senaman dan jaga gaya hidup sihat untuk kurus sedangkan mereka melakukan pembedahan pintasan usus sama sepertinya.

Dia juga menegur mana-mana pihak yang menjual produk perlangsingan supaya tidak menipu pelanggan dengan mengatakan turun berat badan disebabkan produk mereka walhal melakukan bariatic sugery.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut ramai yang bersetuju dengan kenyataan anak kepada presiden UMNO itu apabila meminta sesiapa yang melakukan pembedahan tersebut berlaku jujur sahaja tanpa berselindung dibalik alasan bersenam dan menjaga kesihatan.

Beliau turut mengakui pembedahan usus yang dilakukan sangat membantu dalam mencapai berat badan ideal kerana ruangan perut sudah mulai mengecil dan kuantiti makanan yang masuk juga dapat dihadkan.

Sumber: Nurul.zahid

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*