“Dik tak nak bising p duduk bulan”- Kerana komplen bunyi mercun ganggu tidur, Ezzaty Abdullah di kecam.

Malam sambutan Tahun Baru Cina rasanya tidak sah kalau tiada bunyi dentuman mercun. Tradisi yang menjadi kewajiban masyarakat Tionghua ini selalunya menjangkau hingga awal pagi.

Selain daripada Tahun Baru Cina, perayaan-perayaan lain yang disambut masyarakat Malaysia sememangnya menjadikan mercun sebagai salah satu pembakar semangat untuk meraikan hari istimewa tersebut.

Namun begitu, ada juga sesetengah individu yang kurang selesa dengan bunyi mercun yang kuat sehingga menggangu kententeraman orang lain.

Terganggu dengan bunyi bising

Hal ini disuarakan oleh seorang pelakon wanita, Ezzaty Abdullah yang ‘naik angin’ kerana bunyi bising dari bakaran mercun sehingga lewat malam.

“Kau cuti kau punya pasal. Aku kerja!”

Tolongla fikir keluarga yang ada anak kecil

Menurutnya, dia baru sahaja ingin berehat setelah penat bekerja dan menguruskan anak kecil, namun dikejutkan dengan bunyi bising sekitar jam 12.30a.m.

Ezzaty turut menggelar individu berkenaan selfish kerana tidak memikirkan jiran tetangga yang mahu tidur.

Harap semua memahami

Pelakon yang juga isteri kepada aktor Azwan Kombos ini mengakui terganggu dengan dentuman-dentuman tersebut dan meminta agar orang yang meraikan perayaan dengan mercun bersimpati dengan masyarakat sekeliling.

Dia juga meminta agar mereka faham tentang situasi keluarga yang mempunyai anak kecil berikutan bunyi-bunyi dentuman mampu menggangu tidur mereka.

komen netizen

Sumber: Ezzaty Abdullah / omm / trending network

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*