Ibu Luah Perasaan, D4kwa Aiman Tino Menghilang Di Kongk0ng Kekasih.

Sebut sahaja nama Aiman Tino, pasti para gadis di luar sana sudah mengenali penyanyi kecil molek yang popular dengan lagu Ku Rela Dibenci ini. Wajah ‘jambu’ yang dimiliki Aiman membuatkan dia menjadi kegilaan ramai.

Terbaru, ibu kepada penyanyi ini iaitu Hazelina Mat Jalil dikatakan memuatnaik beberapa status meluahkan rasa terkilan terhadap seseorang. Walaupun tidak menyebut siapa, tetapi status tersebut dipercayai ditujukan kepada anaknya, Aiman Tino.

Ibu luah rasa rindu

Sebelum ini, Hazelina atau lebih mesra dengan panggilan Riena ada memuatnaik foto Aiman dan meluahkan rasa rindu terhadap anak lelakinya itu.

Dia tak rindu saya ke ye, apa pun saya sayang dan rindu dia.

Meskipun begitu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi kata-kata semangat kepada Riena dengan menyifatkan Aiman seorang anak yang baik dan kemungkinan Aiman tidak dapat pulang ke rumah kerana sibuk bekerja.

‘Mak kau dekat KKB ni, mari cari’


Sementara itu, Riena juga telah memberi ‘amaran’ kepada seorang wanita yang dipercayai kekasih Aiman.

‘Semoga dipermudahkan’

Menerusi perkongsian terbaru Riena di Instagram, dia mendakw4 kehidupan anaknya itu telah dikongkong oleh seorang wanita. Bukan itu sahaja, penyanyi ini juga dikatakan tidak menjawab panggilan telefon sehingga boleh menganggu urusan kariernya sebagai anak seni.

Kalau dah tak nak jadi artis sila buat pengumuman. Jangan susahkan kami, macam tu lah dah dikongkong betina. Call tak angkat wartawan dan station tv cari. Harap maklum pada yang berkenaan.

Update terbaru ibu Aiman

Malah, di Instastory juga, Riena mendakw4 akaun Instagram Aiman bukanlah dikendalikan olehnya sebaliknya dijaga oleh wanita yang dipercayai merupakan kekasih penyanyi itu.

IG Aiman bukan Aiman jaga. Kau yang buka semua, rahsia kau dah pecah.

Difahamkan, status yang dikongsikan itu telah dipadam oleh Riena. Sehingga kini tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh Aiman.

Sumber: Hazelina Mat Jalil / ohbulan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*