Aeril Zafrel Terima Barang Sihir , Minta Bersemuka Individu Yang Hantar Barang Ini Kepadanya.

Dalam kita melakar kejayaan demi kejayaan, pasti ada yang merasa iri dan dengki melihat apa yang kita usahakan menghasilkan keuntungan.

Hal ini samalah seperti yang dihadapi oleh keluarga selebriti Aeril Zafrel dan Wawa Zainal apabila memaklumkan mereka hampir disihir oleh pihak yang tidak senang dengan keluarga mereka.

Menerusi posting Aeril di Instagramnya sebentar tadi, dia memuat naik gambar beberapa keping logam seperti azimat yang dihantar kepada mereka oleh individu yang dipercayai ingin melakukan khianat.

Menurut pelakon lelaki dan juga usahawan itu lagi, atas izin Allah dan bantuan daripada insan mahir dalam hal-hal tersebut, mereka sekeluarga terselamat daripada cubaan permainan ilmu sihir yang dihantar kepada keluarga mereka oleh seseorang baru-baru ini.

Enggan memanjangkan cerita, Aeril dengan rendah hati memohon maaf kepada sesiapa yang pernah terasa hati dengan keluarganya sama ada sedar ataupun tidak.

Dia juga turut memaafkan individu yang berniat tidak baik kepada mereka dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T.

Sehubungan dengan itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa terkejut dan simpati apabila mengetahui keadaan keluarga Aeril Zafrel.

Mereka juga menasihati keluarga selebriti ini terus kuat dan tabah mengharungi cabaran serta menyarankan kepada Aeril supaya melazimi ayat Al-Quran sebagai salah satu langkah mencegah perbuatan tidak baik insan-insan yang berniat jahat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Sumber: Aeril Zafrel

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*