
Syarikat penghantaran J&T Express Malaysia Perak ingin “meminta maaf atas kejadian yang tidak diingini” susulan tularnya video yang menunjukkan pekerjanya membaling dan melonggokkan barangan yang belum dibuat penghantaran.
Bagaimanapun, J&T Express menafikan dakwaan pekerja syarikat terbabit mog0k kerana masalah pembayaran gaji sebagaimana yang dipapar dalam rakaman video selama 15 saat itu.
“Kepada pelanggan yang dihormati, para pekerja J&T Express Perak ingin meminta maaf atas perangai pekerja dalam mengagihkan bungkusan dengan secara ganas dan sebarang keadaan yang tidak menyenangkan.
“Pihak J&T Express akan menyediakan lebih banyak latihan kepada pekerja kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
“Di samping itu, pihak J&T Express ingin menjelaskan perkara tentang pekerja J&T mog0k dan tentang komisen adalah tidak benar. Segala perkara yang berlaku adalah satu salah faham semata-mata.
“Pihak J&T Express akan sedaya upaya meningkatkan mutu perkhidmatan kami,” kata syarikat itu pada hantaran di media sosial.
Sebelum ini tular di media sosial berkenaan pekerja sebuah syarikat perkhidmatan penghantaran barang yang membaling parcel pembelian secara online di tempat pengumpulan syarikat tersebut
Hal ini didakwa disebabkan masalah pengurusan yang seakan menganiya pekerja apabila bayaran yang diterima tidak setimpal dengan kerja penghantaran yang mereka lakukan.
Nak mengadu pergi lah pejabat buruh, jangan lah campak barang customers ?? pic.twitter.com/rOEW1krG3H
— ?? (@imrannazri__) February 6, 2021
sumber : MK
Leave a Reply