Babak Kejar Peragvt Di Kritik Termasuk Netizen Indonesia, Ini Respon Pengarah Drama Takdir Yang Tertulis.

Sekiranya anda merupakan penonton drama Takdir yang Tertulis lakonan Nad Zainal dan Nazim Othman pastinya anda cukup tahu dengan babak viral yang berlangsung pada episod baru-baru ini. Malah, babak ini turut tular di kalangan netizen di media sosial.

Semuanya bermula apabila beg tangan Juweta yang dilakonkan oleh Nad Zainal diragut oleh peragut bermotor. Sebagai langkah untuk ‘menghalang’ peragut, Ean lakonan Alvin Chong terus turun daripada kereta Mini Cooper untuk berlari mengejar peragut.

Babak ini bukan sahaja menimbulkan pelbagai persoalan malah membuatkan para penonton ketawa terbahak-bahak. Anda boleh tonton video di bawah untuk memahami dengan lebih lanjut.

Turut mendapat perhatian netizen Indonesia

Babak yang dikatakan agak membingungkan ini bukan sahaja tular di kalangan netizen di Malaysia malah sejak mulai di muat naik di media sosial, babak ini turut menjadi perhatian netizen di luar negara termasuk di Indonesia. Berikut antara komen para netizen di Indonesia mengenai babak ini.

photo6116412121521695867

photo6116412121521695866

Berdasarkan komen para netizen di Indonesia, ternyata mereka juga turut bingung dengan babak ini sekaligus bertanyakan fungsi kereta dalam mengejar peragut. Lebih lucu apabila terdapat netizen Indonesia yang mengatakan drama Takdir Yang Tertulis adalah drama dari Korea.

Jawapan balas daripada pengarah Takdir Yang Tertulis

 

Meskipun menjadi bahan tawa dan kecaman daripada para netizen, pengarah Takdir Yang Tertulis dengan sempoi menjawab persoalan ramai mengenai babak yang sedang viral ini.

Menurut Shahrulezad Mohameddin selaku pengarah drama Takdir Yang Tertulis di Instagram beliau, babak tersebut dirakam sekitar jam 12 tengah malam di mana beliau bersama para krew semuanya sedang keletihan. Babak tesebut dikatakan tidak disengajakan dan tidak ada krew yang perasan dengan situasi yang berlaku sewaktu babak tersebut dirakam.
Hehehe… Okie gais. Meh sini abam citer since dah ramai sangat yg tak leh tido dok mikir kenapa la si Ean tu tak nak kejar peragut dengan Cooper dia.

Citer dia macam ni. Sebenarnya ni silap abam. Hehehe. Nak dijadikan cerita tak der sorang pun perasan akan kesilapan screenplay ni. Baik artis dan krew. Sebab masing2 dok focuskan plot Ean kejar tapi tak dapat dan dan tercetuslah plot Ean bertemu dengan Juweta di kaki jalan tersebut. Itu objectif utama scene tu. Disebabkan terlalu focus dgn objectif abam dan semua boleh terlepas pandang pasal kelogikan Ean boleh berlari keluar dari kereta. Lagi pun kita org shoot scene ni dah dekat pukul 12 malam. Sel sel otak tak berhubung sangat. Aku dah ingat katil jer masa ni. Ngantuk setan

The funny part is yg perasan kesilapan ni ialah editor. Editor tanya abam kenapa Ean tak kejar peragut tu dengan kereta. Abam terus terkedu. Abam pandang @ucheefukada . Uchee pandang abam. Pastu kita orang tepuk dahi dah tergelak masa edit. Haah ek… Dah kenapa Ean kena larik keluar padahal boleh jer dia kejar dengan keter. So since benda tu dah lama habis shoot so kita orang decide buat bodo jer. Dengan harapan penonton tak perasan sangat. Tapi haraaammmm…. Hahahahaha… Benda ni lah yg jadi modal netizen membahan drama abam. Bagi species yg sentiasa jer carik salah drama Melayu haa… jadi lauk derang la dok hentam drama Melayu kaw kaw. Suka la derang ek. Hahahaha.

Anyway its okie. Ini menunjukkan drama TYT ni tak lah hebat mana pun. Ianya tetap penuh dengan flaws sama dengan drama drama lain termasuk drama Korea yg korang dok megah megahkan sangat tu.

Apa apa pun abam pohom ampun dan maaf yer diatas kesilapan yg tak sepatutnya berlaku. Logik jer kalau korang nak carutkan scene tu. My bad. Huhuhu

*Tapi kalau Ean dok kejar dengan kereta tu nanti jadik macam plot citer Fast And Furious la pulek. Koser la aku nak shoot panjang panjang macam tu. Hehehe

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shahrulezad mohameddin (@budakijat)


Beliau dikatakan mulai menyedari mengenai babak berkenaan sewaktu ditegur oleh editor selepas proses penggambaran tamat. Dengan harapan netizen ‘tidak perasan’, babak berkenaan telah dimasukkan di dalam drama sekaligus menjadi buah mulut netizen.

Shahrulezad Mohameddin turut memohon maaf atas kesilapan yang berlaku serta mengakui kesilapan yang dibuat. Beliau juga turut membandingkan kesilapan drama yang dibuat dengan drama negara luar turut tidak lari daripada kesilapan-kesilapan kecil.

Walau bagaimanapun, tahniah diucapkan pengarah drama ini kerana sekaligus membuatkan drama Takdir Yang Tertulis menjadi popular sekaligus membuatkan orang ramai berminat untuk menonton drama daripada pengarah filem Nur ini.

sumber : thevocket

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*