Kata-Kata Ebit Lew Ini Buat Nabil Ahmad Menangis Sebak.

Semalam, program MeleTOP menjemput tetamu istimewa iaitu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew secara atas talian untuk berkongsikan cerita mengenai misi bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh beliau.

Menerusi temu bual itu, Ustaz Ebit turut bercerita tentang sedekah serta permulaan beliau melakukan kerja-kerja amal dan dakwah.

Mendengar cerita perjalanan dakwah Ustaz Ebit, pengacara program tersebuat iaitu Nabil Ahmad sebak sehingga menitiskan air mata.

Lebih menjadi perhatian adalah jawapan Ustaz Ebit apabila Nabil ada bertanyakan apa yang membuatkan pendakwah itu terus istiqamah untuk membantu orang ramai.

“Saya ingat daripada saya usia 12 tahun, selalu cikgu saya ajar, doa ‘Ya Allah jadikan saya matahari kebaikan untuk manusia dalam dunia,” katanya.

Diakhir temubual itu, Nabil turut mendoakan agar misi bantuan Ebit Lew dipermudahkan serta meluahkan rasa rindu untuk bertemu dengan pendakwah tersebut.

sumber : rotikaya

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

1 Trackback / Pingback

  1. Kata-Kata Ebit Lew Ini Buat Nabil Ahmad Menangis Sebak. - Kalam indah

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*