
Hasrat keluarga angkat untuk menuntut Jenazah Amir tidak kesampaian setelah pihak keluarga kandung bertegas mahu arwah di kebumikan di Melaka.
Namun keluarga angkat redha dengan keputusan waris Amir yang dipanggil Adik. Mereka tetap bersyukur kerana pihak waris memberi kerjasama membenarkan mereka untuk mengiringi pengebumian Amir.
ibu kandung yang sentiasa memeluk bantal busuk arwah
Ketibaan jenazah menggunakan van disediakan masjid kariah Simpang Bekoh itu turut diiringi beberapa ahli keluarga kandung dan keluarga angkat mangsa.
Polis dilihat mengawal ketat kawasan madrasah dan tanah perkuburan dengan hanya ahli keluarga serta beberapa penduduk kampung dibenarkan memasuki kedua-dua lokasi berkenaan.
Wakil media yang membuat liputan pula tidak dibenarkan masuk ke kawasan tanah perkuburan atas permintaan keluarga kandung.
LIVE: Sekitar pengebumian arwah Adik Amir Qusyairi di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Simpang Bekoh, Melaka hari ini.
(Temuramah ibu kandung puan Norlida minit ke 58 yang menceritakan anak lelakinya bermimpi arwah meminta mereka untuk disegera pengebumiannya )
sumber : utusan/bharian/ editor trending network
Leave a Reply