
Menerusi satu perkongsian di Instagram sebentar tadi, penyanyi Heliza Helmi memaklumkan berita mengejutkan bahawa dia dan adiknya, Hazwani positif Covid-19.
Heliza berkata mereka disahkan dijangkiti wabak tersebut pada November tahun lalu dan dibenarkan pulang ke rumah pada 1 Januari 2021.
Dalam entri tersebut, Heliza turut berkongsikan perjalanan mereka adik beradik ketika dijemput menaiki ambulans ke Hospital Sungai Buloh sehingga dibenarkan keluar.
View this post on Instagram
Heliza turut berkongsikan pengalaman sebagai bekas pesakit Covid-19 dimana dia tidak mampu bangun dan ketika sujud rasa seperti melayang.
Lebih membanggakan, Heliza memuji kegigihan adiknya, Hazwani, meskipun masih menjalani tetap mengikuti kelas secara online.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Heliza turut berkongsikan momen yang tidak dapat dilupakan apabila dapat melihat sendiri pengorbanan petugas barisan hadapan yang tidak henti bertungkus-lumus menjalan tanggungjawab serta amanah mereka.
Diruangan komen, rata-rata rakan artis dan netizen terkejut dengan perkhabaran tersebut serta meluahkan rasa syukur kedua adik beradik itu sudah pun sembuh.
sumber : rotikaya
Leave a Reply