Anggota Polis Positif Covid-19 Meninggal Dunia Ketika Kuarantin Di Rumah

Jenazah mangsa Covid-19 selamat dikebumikan | Harian Metro

 

 

Seorang anggota polis Cawangan Pengawal Pengiring Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, meninggal dunia akibat dij4ngkiti w4bak C0vid-19.

Menurut laporan polis yang dilihat Malaysiakini, anggota polis lelaki yang berusia 53 tahun itu meninggal dunia di kediamannya di Klang, Selangor, malam tadi.

“Arwah berumur 53 Tahun, bertugas sebagai Sarjan Pengawal Pengiring, cawangan pengawal pengiring IPD Klang Selatan, telah berkahwin dan mempunyai lima orang anak.

“Arwah telah menjalani ujian saringan C0vid-19 pertama bertarikh 22 Jan 2021 kerana mengalami dem4m dan keputusan adalah p0sitif C0vid-19.

“Ujian saringan C0vid-19 kedua telah dijalankan pada 23 Jan 2021 dan keputusannya turut positif C0vid-19,” menurut laporan itu.

Selepas ujian pertama, menurut laporan itu lagi, arwah menjalani kuar4ntin di rumah dan tempoh itu dijadual berakhir 1 Feb ini.

“Sebab kem4tian yang disahkan oleh Pegawai Perub4tan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang adalah “kem4tian disebabkan C0vid-19”, menurut laporan itu.

Menurut laporan itu lagi, jenazah selamat dikeb-umikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Sireh, Klang pada jam 5.45 petang tadi.

Rata-rata netizan mengucapkan takziah dan melahirkan rasa simpatii

“إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ…
“Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga almarhum di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..”

“إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن Innalillahi wa inna ilaihi raji’un ‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُعنه Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu” Moga Allah ampuni dia, rahmati dia, maafkan dia, muliakan kematian dia, lapangkan kubur dia, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggal dia dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga dia di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al Fatihah …. ‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم ‎ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين Aamiin Ya Rabbal Alamin.”

Sebelum ini Kementerian Kesihatan (KKM) disaran mengubah dasar membabitkan pes4kit C0VID-19 dengan menetapkan pes4kit tahap satu dan dua tidak perlu ke hospital, sebaliknya hanya dikuar4ntin di rumah.

Pes4kit C0VID-19 tahap satu merujuk pada individu dij4ngkiti yang tidak bergejala dan tahap dua pula adalah bergejala ringan.

Perubahan dasar itu perlu bagi mengurangkan beban petugas kesihatan, selain mengelak fasiliti kesihatan seperti katil, ruang wad dan alat bantuan pernafasan melebihi tahap maksimum jika kes baharu terus merekodkan pertambahan mend4dak.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM), Datuk Dr Zainal Ariffin Omar, katanya pes4kit tahap satu dan dua boleh dikuar4ntin di rumah kerana tidak memerlukan pemantauan dokt0r.

C0VID-19: Pes4kit kuar4ntin di rumah perlu ada sistem sokongan – Pakar

KUALA LUMPUR: Pes4kit C0VID-19 yang menjalani kuarantin di rumah, perlu ada sistem sokongan terutama daripada keluarga, untuk memberi maklum balas kepada hospital atau Pejabat Kesihatan jika gejala semakin teruk.

Pakar kesihatan awam berpandangan, sudah tiba masanya untuk keluarga berperanan sebagai ‘barisan hadapan’ dan melaksanakan tanggungjawab menjaga ahli yang menjalani arahan kuar4ntin itu.

Pakar Kesihatan Awam di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata sokongan keluarga dan komuniti sangat penting kerana pesakit terpaksa bergantung pada orang lain untuk membantu keperluan mereka sepanjang tempoh kuarantin.

“Ia bagi mengelakkan penyakit mereka yang dikuarantin di rumah itu semakin melarat sehingga membawa maut, terutama golongan sudah berusia dan mempunyai komorbiditi.

“Justeru, saringan perlu dilakukan bagi mengenal pasti risiko pesakit terbabit sebelum mereka diarah duduk di rumah,” katanya kepada BH.

Semalam, media melaporkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, sebagai berkata sejak 1 Januari lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan pesakit COVID-19 Tahap Satu dan Dua menjalani rawatan serta kuarantin di rumah, dengan pemantauan ketat petugas kesihatan.

Bagaimanapun, Dr Adham menjelaskan, pesakit yang bergejala akan dirawat di hospital dan menjalani proses pemantauan seperti biasa.

Mengulas lanjut, Dr Sharifa Ezat memaklumkan bahawa di beberapa negara maju, mereka yang dikuarantin di rumah dibantu sistem teknologi maklumat (IT) dalam telefon bimbit atau Sistem Maklumat Geografi (GIS) bagi mengawasi pergerakan mereka.

“Bagaimanapun, sistem terbabit belum digunakan di negara ini, justeru terpulang kepada kejujuran masing-masing.

“Penerangan dan pendidikan kesihatan harus diberikan kepada keluarga pesakit bagi memastikan pesakit serta keluarga mereka memahami risiko dan carta alir jagaan,” katanya.

Selain itu dalam keadaan tertentu, beliau berkata, ada pesakit yang tiada gejala tetapi tidak sesuai menjalani ku4rantin di rumah kerana faktor saiz kediaman yang kecil dan jumlah ahli rumah yang ramai.

“Bagi kes warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang tiada sokongan keluarga, mereka perlu menjalani rawatan di pusat kuarantin.

“Namun jika kes sesuai, eloklah mereka dijaga di rumah saja, terutama ketika pusat kuarantin sudah terbeban dengan jumlah pesakit yang tinggi,” katanya.

Sementara itu, Pakar Kesihatan Awam di Jabatan Kesih4tan Komuniti, Fakulti Perub4tan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Aidalina Mahmud, berkata ahli keluarga yang berperanan sebagai ‘barisan hadapan’ tidak perlu takut atau ris4u untuk menjaga ahli keluarga dij4ngkiti C0VID-19.

“Mereka cuma perlu mematuhi arahan KKM mengenai cara menjaga ahli keluarga yang diku4rantin.

“Pesakit dan keluarganya perlu saling memberi sokongan moral. Ini kerana pesakit memang mengalami tekanan dan yang menjaga juga mungkin mengalami masalah sama.

“Justeru, semua pihak mesti sentiasa bersikap positif dan bersabar. Tempoh kuar4ntin itu bukan lama, iaitu hanya dua minggu,” katanya.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*