
Baru-baru ini, bekas isteri kepada Da’i Farhan iaitu Dr Erin, didakwa menegur netizen kerana memuat naik video kompilasi ‘lelaki curang’ dan terpapar beberapa gambar selebriti lelaki termasuk wajah mirip bekas suaminya itu.
Terbaru, menerusi laporan Astro Gempak, Dr Erin memberitahu bahawa dia masih menyantuni kesemua bekas suaminya dan keluarga iparnya. Tambahnya, dia masih memberi nafkah kepada bekas suami walaupun mereka sudah bercerai.
Berbaik dengan semua bekas suami
Ada yang kata saya nak tarik perhatian baliklah, tunjuk baik nak get backlah, gila talak. Hello, nak habaq mai dekat sini, saya bukan berbuat baik pada bekas suami saya si Farhan saja ya, pada kesemua bekas suami saya tetap saya layan baik dan santuni mereka. Dah cerai pun saya masih beri nafkah pada bekas suami saya bila dia perlu duit.
Akak yang dituduh perempuan tak baik ni lah duk tolong. Walaupun depa satu keluarga bukan main hina tapi saya tetap layan anak depa, adik depa, abang depa, baik-baik selepas bercerai sebab itu sifat saya.
Menurut Dr Erin, dia bukanlah seorang yang pendendam. Sebagai bukti, dia menunjukkan bukti perbualannya bersama bekas suami yang meminta wang dan bantuan daripadanya. Tambahnya, screenshot tersebut merupakan salah satu bukti perbualannya dengan bekas suami sebelum Da’i Farhan. Rata-rata netizen menyatakan Dr Erin merupakan satu dalam seribu wanita yang menanggung nafkah suami.
Bukan lagi Isteri namun memuji keperibadian Dai Farhan
Alang2 orang dok kata2 ‘sy ni perempuan jahat acah2 baik`… Dulu sy dok la pedo xmau ckp ulas banyak bab ni sbb org dok kata sy ni isteri ustaz xbaik buka aib org..
OK lani sy bukan isteri ustaz lagi hanya seorang manusia yg belajar byk ilmu melalui teladan Dr ust farhan..lps ni apa2 yg sy akn share semua sebab tanggungjwp sy sebagai seorang sedara seislam.. Sbb sy xmau esk2 sy di tanya oleh Allah knp kamu takut pd kecaman manusia melebihi kemurkaan Allah dgn tidak mengatakan kebenaran yg kamu tahu.
Lps ni wlp dikecam ke, nk kata sy sendu cr publicity ke, lantak la janji sy dh lps bab sy. Apa yg sy nmpk sebelum ni dlm dia menangani isu mslh umhtgga, dia btl2 mengikut step2 yg sepatutnya dibuat mengikut syariat Islam dan romantiknya ajaran agama dlm menangani isu rumahtgga yg sy br nmpk.
Pd sy dia mmg seorang ‘ank Jantan’ dan seorang pendakwah yg sedang diuji..byk sy belajar tentang agama sepanjang menjadi isteri dia sblm ni.
Saya berdoa suatu hari nt ustaz farhan akn bersiaran balik di tv, media sosial dan menyampaikan dakwah ilmu agama seperti dulu dgn banggaNya..
Netizen bertanya adakah mereka telah berbaik semula dan ini jawapannya
Sumber: Astro Gempak
Leave a Reply