Datin Red Cerita Bagaimana Dia Ada ‘Instinct’ Suaminya Telah Menduakannya Dan Berkahwin Dengan Adira.

Poligami Tak Salah, Yang Salah Bila Tamak..' – Datin Red

 

 

MADU kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datin Seri Sharifah Norshafila Hassim mendedahkan dia didatangi mimpi an3h semasa suaminya Datuk Red berkahwin tanpa pengetahuannya pada tahun 2015.

Meskipun perkahwinan itu dirahsiakan suami, Norshafila atau lebih dikenali sebagai Datin Red berkata naluri dan firasatnya sebagai seorang isteri sentiasa tepat terutamanya membabitkan hal rumah tangga.

“Benda ni saya tak pernah k0ngsi pun dengan anda semua… tapi hari ni saya nak kongsi semasa suami saya kahwin senyap-senyap dulu. Selepas seminggu baru dia beritahu!

“Okay masa itu mereka kahwin dekat Thailand… saya didatangi mimpi datang seorang wanita memperkenalkan namanya bermula dengan huruf A dan wanita itu bertudung putih mengakv dia madu saya.

“Ini kisah benar tau, saya tak reka pun… betullah sixth sense seorang isteri,” katanya.

Perkongsian Datin Red mengenai hal rumah tangga di Instagram.

Datin Red berkongsi mengenai re4ksi awalnya apabila mengetahuii suami berkahwin lagi menerusi Instastory pada Isnin.

Sementara itu, Datin Red berkata dia menerima takdir hidup bermadu dan percaya setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya.

“Cara saya cari bahagia… korang fikir semua benda termasuklah suami hanya pinjaman di dunia ini dan apa benda yang terjadi ada hikmahnya. InsyaAllah mesti okay!” ujarnya.

Pada 3 Disember 2015, Adira berkahwin dengan Datuk Red atau nama sebenar Datuk Seri Adnan Abu yang merupakan seorang ahli perniagaan di Songkhla, Thailand.

Datuk Red bahagia bersama dua isteri.

Pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata.

Perkahwinan Adnan bersama isteri pertamanya iaitu Datin Red mempunyai lima orang cahaya mata.

Sebelum perkahwinan itu, Adnan pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun dan berplsah lima tahun kemudian.

Hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata yang kini berusia 20 dan 15 tahun.

Secara keseluruhan, Datuk Red mempunyai 10 orang anak bagi semua perkahwinannya.

Sumber:mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*