Setahun Malaysia Di Landa Wabak Covid-19. Ini Kes Pertama Yang Di Kesan Dahulu.

Setahun yang lalu hari ini, kes pertama Covid-19 dilaporkan di Malaysia. Berita itu mendedahkan bahawa virus berbahaya yang membunuh ratusan orang di bandar Wuhan di China mula merebak di negara ini.

Kes pertama yang dilaporkan di negara ini adalah pada 25 Jan 2020 melibatkan tiga warganegara China yang masuk melalui Johor dari Singapura lima hari sebelumnya.

Sejak itu virus tersebut telah memberi kesan kepada seluruh dunia dengan hampir 100 juta kes dilaporkan dan jumlah kem4tian seluruh dunia sekitar 2,131,000.

Malaysia setakat 24 Jan melaporkan sejumlah 183,801 kes dan 678 kem4tian. Kini terdapat lebih 40,000 kes aktif di negara ini.

Pandemik ini membawa kepada sekatan ekonomi yang tidak pernah terjadi sebelumnya, selain rekod paling rendah pertumbuhan suku kedua tahunan pada -17.1 peratus.

Memburukkan lagi keadaan, krisis Covid-19 hadir ketika situasi politik di Malaysia dalam keadaan terumbang-ambing.

Pada awal krisis, kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang akibat perpecahan dalaman PKR dan Bersatu yang menyebabkan Muhyiddin Yassin mengambil alih sebagai ketua gabungan baru dengan majoriti tipis.

Sementara itu di semua negeri, pertempuran tanpa henti untuk menangani Covid-19 berlangsung setiap hari.

Setahun kemudian, jalan keluar yang kemungkinan hadir apabila vaksin berkesan diperoleh, dijangka tiba di Malaysia tidak lama lagi – meski beberapa negeri jiran sudah memulakan program vaksin terlebih dulu.

Tetapi buat masa ini, negara sedang melaksanakan satu lagi perintah kawalan pergerakan (PKP). Selain itu, rakyat Malaysia juga menyaksikan pengisytiharan darurat, yang mungkin berlangsung hingga 1 Ogos bergantung tempoh wabak ini dapat ditangani.

KES PERTAMA COVID DIKESAN PADA 25HB JAN 2020

Koronavirus: KKM sahkan kes pertama warganegara Malaysia

Kes pertama melibatkan seorang lelaki warga China berusia 63 tahun dan seorang rakyat Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor.

Lelaki rakyat Malaysia berkenaan mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China.

Kes pertama melibatkan seorang lelaki warga China berusia 63 tahun dan seorang rakyat Malaysia berusia 41 tahun dari Selangor.

Lelaki rakyat Malaysia berkenaan mempunyai sejarah perjalanan ke Singapura dari 16 hingga 23 Januari 2020, bagi menghadiri mesyuarat yang turut dihadiri oleh beberapa delegasi antarabangsa termasuk negara China.

Itu adalah kes pertama C0VId dan hari ini genap setahun kita hidup dalam C0Vid. Perjuangan masih belum berakhir dan kita haruslah terus mematuhi SOP dan jaga kesihatan kita.

 

sumber : awatsyeikh

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*