
Nama pelawak dan pengacara popular iaitu Shuk Sahar menjadi bualan hangat selepas dia dikatakan berlaku curang dan tidak pulang ke rumah. Perkara ini didedahkan sendiri oleh isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi laman Instagram miliknya.
Terbaru, Instagram penyampai radio ini mula diserang oleh netizen yang geram perbuatan curang seperti yang didakwa oleh isterinya. Walau bagaimanapun, Shuk masih tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.
Di posting terakhir Instagram, Shuk Sahar berkongsi pengalaman seram ketika membuat ‘live’ di radio menerusi IG Live bersama pengikutnya. Namun rata-ratanya mendengar suara seorang wanita sedang menangis. Lebih menyeramkan apabila penyampai radio itu menafikan ada mendengar sebarang tangisan mahupun suara seorang wanita sehinggalah dia melihat dan mendengar kembali rakaman tersebut.
View this post on Instagram
Namun, hari ini posting tersebut dibanjiri komen netizen yang mula menghentam penyampai radio tersebut. Pelbagai kata-kata kesat yang dilemparkan dan tak kurang juga menasihati Shuk dengan cara baik. Malah ada mengaitkan suara wanita menangis itu adalah seperti tangisan isterinya. Aduh kelakar pula..
Sumber : Shuk Sahar
Leave a Reply