“Masa tu hanya ada RM30..”- Ibu Curi ‘Cool Fever’ Anak Demam Buka Cerita, Suami Kini Dapat Pekerjaan Tetap.

Petaling Jaya: “Kalau boleh undur masa pasti saya tidak akan lakukan kerana tidak mahu kejadian ini berlaku namun ketika itu saya tidak berfikiran secara waras kerana memikirkan anak kelaparan dan demam,” kata ibu tiga anak yang ditahan selepas dilaporkan mencur1 di sebuah pasar raya, di sini, kelmarin.

Wanita berusia 36 tahun itu turut menginsafi tindakannya itu selain menempuh pengalaman tidak pernah dialami dirinya apabila disoal siasat polis selain tangan bergari ketika ditahan.

Bagaimanapun, dia bersyukur atas budi bicara dan belas kasihan polis terutama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal dirinya dibebaskan dan kesnya tidak diteruskan.

Menceritakan kejadian itu, katanya, ketika kejadian dia ke pasar raya di Ara Damansara itu untuk membeli barang termasuk pelekat penyejuk demam.

“Namun ketika itu saya hanya berbekal wang RM30 yang diberi oleh suami dan hanya dapat membeli ayam, roti dan air namun tidak cukup membeli pelekat penyejuk demam berserta sosej.

“Ketika itu hati saya berbelah bahagi sama ada hendak membeli pelekat penyejuk demam itu atau membeli ayam sedangkan anak saya juga kelaparan dan akhirnya saya bertindak mencur1 pelekat penyejuk demam namun disedari pekerja itu,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Lembah Subang, di sini, hari ini.

Menurutnya, perasaannya ketika itu hanya memikirkan nasib yang bakal menimpa dan akan dipenjarakan kerana mencur1 selepas ditahan polis serta dibawa ke Balai Polis Kelana Jaya.

“Hanya Allah yang tahu ketika itu bagaimana perasaan ini namun tidak sangka pihak polis masih ada belas kasihan dan tidak meneruskan kes ini sebaliknya membebaskan saya.

“Kelu lidah ketika itu sebaik dimaklumkan pegawai penyiasat kes itu saya akan dilepaskan malah tidak terbalas jasa mereka kepada saya,” katanya.

Menurutnya, dia bersama tiga anak berusia 11, enam dan tiga tahun bersama suami sudah empat tahun tinggal di sini.

“Sebelum ini saya mengambil upah menjaga anak jiran dan menjual aiskrim di rumah sementara suami bekerja membantu rakan membaiki lif dan rumah namun pendapatan tidak tetap.

“Malah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dia tidak dapat mengambil upah mengasuh menyebabkan hilang punca pendapatan,” katanya.

Wanita itu berkata, sejak berita itu tular dia menerima bantuan tidak putus daripada pelbagai pihak termasuk pihak polis sendiri.

“Saya doakan tuan Nik Ezanee sentiasa diberi tubuh badan yang sihat, kesihatan baik, diberkati dan dilindungi Allah atas jasa beliau kepada saya.

“Kejadian ini memang menjadi pengajaran buat saya dan kepada semua yang sudi menghulurkan bantuan ini saya ucapkan ribuan terima kasih,” katanya.

Suri rumah terbabit juga penerima bantuan wang zakat RM500 sebulan dan bersyukur apabila seorang ahli perniagaan bergelar Datuk sudi membantu menawarkan pekerjaan tetap kepada suaminya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM) Selangor Dr Zaitol Salleh berkata, pihaknya sudah mengambil maklum kejadian menimpa keluarga terbabit dan bantuan awal sudah iaitu bakul makanan JKM yang diserahkan kepada mereka oleh Ketua Polis Daerah Petaling Jaya mewakili Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling.

Wakil Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Putrajaya turut datang menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada wanita yang sebelum ini ditahan polis kerana mencuri. FOTO Muhaamad Hafis Nawawi

“Melalui semakan juga kita mendapati dia belum pernah memohon bantuan daripada JKM dan borang permohonan juga sudah diserahkan kepadanya untuk proses permohonan.

“Kita akan menjalankan siasatan dan tindakan selanjutnya selepas permohonan diterima,” katanya.

Terdahulu, wakil Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Putrajaya turut datang menziarahi dan menghulurkan sumbangan kepada mereka sekeluarga.

 

sumber : hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*