Saintis Beri Amaran Covid-19 Boleh Buat Lelaki Jadi Mandvl, Ini Respon Dr Noorhisham

Kuala Lumpur: Kajian perlu dijalankan terlebih dahulu sebelum dapat mengesahkan jika jangkitan Covid-19 berisiko menyebabkan kemandvlan pada lelaki kerana virus terbabit berupaya mengurangkan kuantiti dan kualiti sperma.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu menjalankan lebih banyak kajian lagi berhubung perkara itu.

“Kita perlukan banyak lagi kajian untuk mengesahkan perkara terbabit,” katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Terdahulu pihak saintis memberi amaran jangkitan Covid-19 berisiko menyebabkan kemandvlan pada lelaki kerana virus itu berupaya mengurangkan kuantiti dan kualiti sperm4.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam Jurnal Open Biology, penyelidik menggariskan kesan membimbangkan kepada pasangan yang pernah dijangkiti Covid-19 untuk mendapatkan anak.

Menurut kajian itu, sistem pembiakan lelaki disimpulkan sebagai sasaran utama paling berpotensi mendapat jangkitan Covid-19 yang disokong oleh beberapa bukti awal dan mengurangkan tahap kesuburan seseorang itu.

Laporan awal turut menunjukkan kemungkinan penularan Covid-19 secara seksual boleh menyebabkan komplikasi pada pasangan dijangkiti.

 

Merokok, Vape Risiko 7x Ganda Di Jangkiti Covid-19

LOS ANGELES: Golongan muda termasuk remaja merokok dan dan menghisap vape berisiko antara lima hingga tujuh kali ganda lebih mudah dijangkiti Covid-19 berbanding individu yang tidak berbuat demikian.

Penemuan itu hasil kajian Universiti Standford di California, Amerika Syarikat.

Kajian diterbitkan pada Selasa dalam Jurnal Kesihatan Remaja itu melihat kesan penggunaan rokok dan kadar jangkitan virus dalam kalangan individu berusia antara 13 hingga 24 tahun.

Antara lain, ia menyatakan risiko jangkitan Covid-19 adalah tinggi terhadap individu merokok atau menghisap vape ketika ketika penularan virus berkenaan.

Mereka yang dilaporkan merokok dan menghisap vape dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini adalah golongan paling terdedah risiko jangkitan.

Selain itu, kajian sama menunjukkan enam peratus daripada mereka disahkan positif Covid-19.

Dalam pada itu, kajian sama menunjukkan individu yang hanya menghisap vape, tetapi tidak merokok juga kumpulan kedua paling berisiko dijangkiti.

Ia memandangkan tabiat itu merosakkan paru-paru sekaligus menjadikan mereka lebih terdedah dengan risiko jangkitan.

“Senang cerita, jika anda merokok dan menghisap rokok elektronik, anda lebih mudah terdedah Covid-19,” kata pengarang kanan kertas kajian itu, Bonnie Halpern-Flesher.

Selain itu, anak muda yang merokok dan menghisap rokok elektronik dalam tempoh 30 hari lalu pula, lebih lima kali ganda berisiko menunjukkan gejala Covid-19.

Setakat semalam, 21 juta kes Covid-19 dilaporkan di seluruh dunia dengan lebih 757,000 kemat1an.

Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas teruk akibat pandemik itu dengan 5.4 juta mangsa dan 170,000 kemat1an.

 

sumber : hmetro

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*