
Seorang lelaki yang mavt selepas jatuh dari tingkat tiga bangunan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh semalam merupakan Pembantu Perawatan Kesihatan dan bukannya Pembantu Perubatan.
Pengarah HRPB Dr Abdul Malek Osman berkata mendiang, G Rama Nair, 39, merupakan seorang kakitangan yang amat disenangi oleh rakan sekerja serta tidak menunjukkan sebarang masalah sepanjang menjalankan tugas.
“Pihak hospital berharap semua pihak dapat menghormati privasi ahli keluarga dan mengelak daripada membuat sebarang spekulasi serta tidak menyebarkan apa-apa maklumat tidak tepat atau palsv,” katanya dalam satu kenyataan di Ipoh hari ini.
Dr Abdul Malek berkata mangs4 telah bertugas mengikut waktu bekerja pejabat iaitu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang, semalam.
Selain memberi jaminan akan memberi kerjasama kepada polis bagi menjalankan siasatan, beliau turut menggalakkan para petugas hospital untuk mendapatkan sokongan emosi sekiranya perlu daripada pasukan kesihatan mental dan sokongan psikososial (MHPSS).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz ketika dihubungi semalam memaklumkan may4t Rama Nair ditemukan terbaring di kawasan parkir motosikal HRPB oleh pengawal hospital pada kira-kira pukul 6.45 petang.
Katanya, saksi juga mengesahkan yang mangsa bertugas 24 jam sebelum ditemukan mavt dan kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
– Bernama
Leave a Reply