Anas Zahrin Terima Mesej Perbualan Individu Dakwa Neelofa Ajak Kahwin

Siapa tidak kenal dengan usahawan Anas Zahrin yang terkenal di kalangan wanita dengan jenama tudung dan kosemtik keluarannya

Permulaan Anas Cosmetic

Kejayaan yang dikecapi oleh Anas ini bertitik tolak kesungguhan dirinya yang mahu mengubah nasib keluarga yang dibesarkan sebagai anak petani. Zaman kanak-kanaknya membesar dalam suasana serba kekurangan. Dengan adik beradik yang ramai memerlukan dia berusaha mengejar impian dirinya.

“Minat suka berniaga sememangnya sudah diterap daripada kecil. Bapa mengajar kami untuk tidak malu mencari duit sendiri dengan berniaga. Masa itu dapat upah RM2 sehari pun saya sudah gembira.”cerita Anas menyatakan duit upah itu begitu bernilai buat dirinya.

“Neelofa ajak kahwin?”

Anas juga banyak berkawan rapat dengan selebriti terkenal tanah air, antaranya Neelofa. Melalu satu perkongsian yang di muat naik di IG beliau, Anas telah memuat naik
satu tangkap layar  dm seseorang yang mengaku mengenali Neelofa dan sehinggakan dia mendakwa Neelofa ingin berkahwin denganya

Berikut antara tangkap layar yang di kongsi Anas

Pada 18 Januari 2021, beliau telah berkongsi satu hantaran di Instagram miliknya yang menunjukkan beliau menerima mesej daripada seorang individu berkaitan dengan Neelofa.

Berdasarkan mesej yang diterima, individu tersebut menyuruh Anas untuk memberitahu Neelofa supaya menghubunginya kembali.

Individu berkenaan juga berkata bahawa Neelofa ada mengajaknya untuk berkahwin.

Mesej tersebut yang kedengaran lucu membuat Anas ‘pening’ di pagi hari kerana telatah individu tersebut.

Sementara itu, perkongsian ini juga menerima perhatian pengikut Instagram Anas yang menulis di ruangan komen.

Kemelut Neelofa, PU Riz beri pengajaran bahawa pertunangan fasa yang berat – “Ia bukan hanya hal dua jiwa tapi hal dua keluarga”

KISAH hubungan pengacara terkenal Neelofa dan Pencetus Ummah (PU) Riz yang didakwa sudah berakhir turut mendapat perhatian pendakwah bebas iaitu PU Rahmat.

PU Rahmat meminta semua pihak menghormati Neelofa yang sudah memberi penjelasan mengenai semua dakwaan terhadap dirinya dan PU Riz dan mendoakan yang terbaik untuk pasangan itu.

Menurut PU Rahmat lagi, apa yang berlaku kepada Neelofa dan PU Riz juga memberi pengajaran bahawa pertunangan merupakan fasa yang berat dan pernikahan turut melibatkan dua keluarga.

“Lofa (Neelofa) sudah pun jelaskan mengatakan semua itu fitn4h. Akaun Twitter yang spill tea pun dah gh4ib. Ada tiga hal kita belajar kali ini. Mana-mana berita perlu diselidik, pertunangan fasa yang berat dan pernikahan bukan hanya hal dua jiwa tapi hal dua keluarga.

“Semoga semuanya baik-baik buat Riz dan Lofa. Seperti mana yang diminta Lofa agar kita mendoakan yang baik-baik. Maka kita doakan yang baik-baik. Jika tidak mahu mendoakan, kita hanya perlu diamkan diri.

“Jika kita tidak mahu ambil peduli. Itu juga salah satu tanda kebaikan. Diantara baiknya Islam seseorang adalah apabila meninggalkan sesuatu yang tiada kaitan dengannya,” kata PU Rahmat.

Jika tidak mahu mendoakan, kita hanya perlu diamkan diri.

Pemilik nama Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan itu memuat naik paparan skrin status di laman Twitter miliknya dan berkongsi pendapat mengenai isu tersebut di Instagram.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan PU Rahmat dan mendoakan agar Neelofa serta PU Riz kuat mengharungi dugaan dalam fasa pertunangan mereka yang dianggap perlu dirahsiakan.

“Ya Allah… takut sangat terjebat dengan dosa memfitn4h ini. Semoga apa yang berlaku antara Neelofa dan PU Riz dapat diselesaikan dengan baik.

“Benda yang saya belajar, tak pasti jangan kongsi. Sebab satu kongsi itu terus ada menokok tambah buat perisa. Takut apa yang kita sebar itu memanjangkan fitnah. Diam lebih baik. Semoga Lofa dan PU Riz kuat,” komen netizen.

Pada Sabtu lalu, kisah mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz hangat diperkatakan netizen selepas adik-beradik usahawan itu asyik berkongsi status berbaur sindiran yang dipercayai ditujukan kepada PU Riz.

Neelofa tampil menerusi sebuah video menolak tuduhan-tuduhan yang dianggap telah menjejaskan nama baik dan maruah keluarganya pada malam Ahad.

Bekas pengacara program MeleTOP itu mengikat tali pertunangan dengan PU Riz pada 1 November lalu di kediaman keluarganya di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*