Jawapan JKNS Isu Keletihan Melampau Doktor Hospital Sg Buloh Buat Netizen Geram.

Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) memberi maklum balas terhadap rintihan seorang doktor mengenai keletihan dialami petugas kesihatan dalam mengendalikan kes Covid-19 di Hospital Sungai Buloh.

Pengarah Kesihatan Selangor Dr Sha’ari Ngadiman berkata jabatan itu mengambil berat persekitaran kerja dan keperluan petugas kesihatan.

Malaysiakini - JKNS sahkan 50 kakitangan hospital di Klang dijangkiti Covid-19

“JKNS sangat mengambil berat persekitaran kerja, keperluan asas serta penjagaan kesihatan dan keselamatan anggota kesihatan yang bekerja di mana-mana fasiliti kesihatan di negeri Selangor.

“Ini juga adalah demi memastikan semua fasiliti dapat memberikan rawatan yang cekap dan berkualiti kepada pesakit,” katanya menerusio satu kenyataan disiarkan di Facebook.

Untuk memastikan sumber manusia mencukupi, JKNS telah membuat pengagihan semula (reployment) pegawai perubatan, jururawat, penolong pegawai perubatan, pembantu perawatan kesihatan dalam negeri mahupun dari negeri lain, serta pengambilan pegawai kontrak baru oleh ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke Hospital Sungai Buloh.

Tegasnya, kakitangan yang bertugas dalam perawatan kes Covid-19 juga diberikan elaun-elaun tertentu.

Terdahulu, antara isu dibangkitkan doktor berkenaan ialah keadaan kerja petugas kesihatan yang sudah berada pada tahap genting (breaking point) termasuk tempat berehat dan makanan untuk syif on-call, tidak disediakan buat masa ini.

No photo description available.

No photo description available.

No photo description available.

Dah kurang terima sumbangan makanan

Dakwa doktor itu, dia dimaklumkan terdapat pemotongan peruntukan hospital sehingga tiada makanan syif on-call disediakan.

Mengulas dakwaan tersebut, Sha’ari berkata makanan dibekalkan kepada semua anggota perubatan atas panggilan (on-call) berdasarkan surat pekeliling KKM.

“Semasa awal epidemic Covid-19 ini, di Hospital Sungai Buloh, terdapat banyak sumbangan makanan yang diterima oleh pihak hospital dari badan-badan sukarela, industri, agensi dan sebagainya untuk semua petugas.

“Namun, pada masa ini, sumbangan tersebut telah berkurangan atau tiada,” katanya.

Pun begitu, tambahnya, makanan masih boleh diperolehi daripada kafetaria atau kedai makan (food outlets) yang beroperasi di hospital, selain pesanan makanan boleh juga dibuat secara dalam talian seperti menerusi Grabfood.

Tambah Sha’ari, kakitangan yang ditempatkan di wad Covid bertugas mengikut sistem syif bagi mengurangkan beban mereka, namun setiap anggota diberikan hari rehat secara adil.

“Setiap wad Covid-19 disediakan ruangan berehat yang selamat (green zone) untuk petugas kesihatan beristirehat, solat, makan dan membersihkan diri (bilik mandi) mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan.

“Ini bagi memastikan ruangan ini bebas dari kawasan pesakit (red zone) serta jika mereka balik dari bertugas, mereka dalam keadaan bersih,” katanya lagi.

Selain itu, hospital turut menyediakan perkhidmatan bantuan pertolongan cemas p3ikol0gi (PFA) untuk menjaga kesihatan m3nt4l anggota kesihatan yang memerlukan, dengan semua maklum balas akan diajukan kepada pihak pengurusan hospital, JKNS dan KKM.

“Dalam masa yang sama, pihak hospital akan menambah baik komunikasi dalaman di kalangan staf dengan pihak pengurusan.

“Pihak hospital juga akan berusaha untuk mencari altematif lain yang bersesuaian berkenaan perkara tersebut,” katanya lagi.

Selain surat terbuka itu, Malaysiakini turut melaporkan rintihan seorang lagi doktor Hospital Sungai Buloh, Dr Mustafa Kamal yang mengalami keletihan melampau (burnout) dan mendakwa menerima maklum balas tanpa nada simpati daripada ketuanya.

Meninjau ruangan komen di page FB KKM , netizen tampil membela nasib frontliner dan merasakan jawapan yang berikan pihak berkaitan amat tidak memuaskan

sumber : FB KKM / MK

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*