Kantoi Pecah Rumah, Perompak Siap Pesan Tuan Rumah Jangan Beritahu Bini.

Port Dickson: “Penjenay4h itu berjanji memulangkan barang yang dicuri dan sempat berpesan agar tidak memberitahu isterinya mengenai perbuatan itu. Berkali-kali dia pesan tetapi tidak pula pesan jangan beritahu polis,” kata mangsa pecah rumah, Munirah Zolkapeli.

Munirah, 35, berkata, di rumah di Kampung Tampin Kanan, Linggi, di sini, dipecah masuk kira-kira jam 5 petang semalam ketika dia dan keluarga tinggal di Taman Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor.

“Sebaik mendapat panggilan daripada saudara, saya terus ke balai polis untuk mendapatkan surat kebenaran merentas negeri dengan alasan rumah kami di kampung dipecah masuk dan beberapa barangan dicuri.

“Sebaik sampai kami dapati pintu dapur dipecah dan beberapa barang hilang seperti televisyen 40 inci, penyedut habuk, dua kipas berdiri serta barangan dapur,” katanya yang berniaga makanan di Serdang.

Munirah berkata, hasil maklumat dari saudaranya, penjen4yah itu menaiki pacuan empat roda jenis Hilux berwarna kuning keemasan dan mengaku sebagai kontraktor penghawa dingin.

“Dengan bantuan saudara, kami berjaya mengesan identiti penjenay4h itu melalui nombor pendaftaran kenderaan serta Facebook (FB). Bapa saya, Zolkapeli Zainal, 64, pula membuat laporan di Balai Polis Linggi.

“Kami kemudian dapat menghubungi penjen4yah itu dan dia mengaku mengambil beberapa barangan di rumah,” katanya.

Menurutnya, penjen4yah itu boleh dikatakan keluarga berada melalui beberapa gambarnya di FB.

Sementara itu, Zolkapeli berkata, polis memaklumkan sudah menangkap penjen4yah itu dipercayai ketika dalam perjalanan menghantar barangan dicuri ke rumahnya.

“Saya dapat tahu penjen4yah itu turut membawa dua anak berusia dua dan tiga tahun dan saya perlu ke Balai Polis Linggi selepas diminta pegawai polis.

“Harapan saya agar kes ini dapat diselesaikan hari ini kerana perlu balik ke Sri Kembangan,” katanya ketika ditemui tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, svsp3k yang berusia 32 tahun itu sedang disoal siasat di Balai Polis Linggi.

“Hasil maklumat diterima, anggota polis menahan svspek di Jalan Linggi-Tampin jam 1 tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Kes3ksaan dan svspek akan dibawa ke Mahkamah Seremban esok untuk permohonan reman.

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*