“Fashion Show baju bersalin..”- Bosan Di Kuarantin, Aktiviti Pesakit Covid-19 di MAEPS Memang Menghiburkan.

Peningkatan kes yang agak membimbangkan di negara kita sudah pasti membuatkan pusat kuarantin di seluruh negara mengalami kepadatan termasuklah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Walau bagaimanapun, bagi tidak terus dibuai rasa bimbang dan bosan, pelbagai aktiviti telah dilakukan oleh individu yang dikuarantin disana bagi memberi semangat positif kepada mereka yang dijangkiti pandemik ini.

Dalam satu perkongsian seorang pengguna aplikasi Tiktok dikenali sebagai Syahida, dia telah memuat naik video aktiviti yang dilakukan oleh teman lelakinya ketika dikuarantin bersama ratusan lagi penghuni.

Apa yang menghiburkan adalah teman lelakinya dan beberapa kenalan baru yang turut di kuarantin di MAEPS telah melakukan fashion show dengan baju yang sering digunakan oleh kaum wanita di wad bersalin.

Telatah lucu itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata terhibur melihat aktiviti mereka yang mengisi masa lapang apabila kebosanan.

Mereka juga sempat mendoakan agar para penghuni pusat kuarantin MAEPS segera sembuh dan bebas daripada pandemik yang menular ini.

Sumber: omm

Jangan Lupa Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf
Klik sini Untuk Claim Free Shipping Shopee https://shp.ee/d5pvxcf

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*