
Melalui perkongsian di FB Mohd hardy, beliau menceritakan kehebatan anak sulungnya yang berusia 11 tahun mempunyai bakat luar biasa semasa berusia 10 Tahun.
Jika anak kecil seusianya leka bermain gajet , pemilik nama Airiel Haziq telah membuatkan ibu bapanya hairan kerana kebolehan beliau membuat lakaran rumah seakan seorang arkitek yang berpengalaman.
Sedikit perkongsian, hobi anak sulung sy – Airiel Haziq yg agak pelik dgn umur dia masa tu 10/11 thn..sekarang dh 12 thn. Sy jumpa byk lakaran2 rumah/bangunan modern design atas meja dia, pastu sy & cik isteri mula belikan drawing board, T square set dll….dh tgk makin advance sy belikan plak buku2 rujukan lukisan perspektif/kejuruteraan form 4 & 5 dari DBP..baru darjah 5 dh baca buku form 4/5?….last2 dia terus guna sketch up app….lain mcm dh niii…dh mcm architect…. Kebetulan baru2 ni mama dia nk buat renovation skit dkt belakang utk mini wet kitchen & bathroom….new assignment diserahkan pd dia utk design….cuba tgk apa yg jd….?
Beli kan T square
Beliau yang menyokong minat dan bakat anak, membelikan alatan lukisan kejuruteraan seperti T Square & Drawing board.
Melihat kemahiran anaknya menggunakan peralatan tersebut mendorong beliau membeli buku-buku lukisan kejuruteraan tingkatan 4&5.
Tidak terhenti di situ bakat Airiel Haziq terus di gilap bapanya dengan memberinya peluang melakar lukisan menggunakan aplikasi skech up yang lazimnya digunakan oleh designer mahupun arkiterk.
Beliau turut memberikan tugas kepada anaknya untuk mereka bentuk dapur yang ingin di ubahsuai
Hasil ubah suai yang di kongsi sungguh mengagumkan dan boleh di banggakan. Tahniah kepada ibu bapanya yang sentiasa menyokong bakat unik yang dimiliki oleh adik ini
Moga sukses dan menjadi artikek yang mengharumkan nama negara ya.
Credit Mohd hardy / trending network
Leave a Reply